Thursday, June 24, 2010

kampungku..



Keindahan Gunung Kinabalu dan kesegaran udara membuatkn aku rindu akan kampung halaman aku.Sudah agak lama aku tidak kembali ke sana.Kesibukan kerja di kota membuatkn aku lupa akan keindahannya.

Aku masih ingt dahulu ketika aku masih kecil..aku agak selalu ke ladang ternakan lembu tenusu berdekatan rumah aku..tujuan hanya 1..nak minum susu free..haha.Time tu mang bes..da dpt minum susu free..blik terus p mandi sungai.Kesejukan air sungai masih tak dpt aku lupakan.Memang seronok..layan.

Nampaknya aku mesti balik tahun nie.

Sunday, June 6, 2010


templer park

Hari nie aku berpeluang mengikuti 1 trip mandi sungai.Perjalan kami yg sepatutnya bermula pada jam 11 pagi terpaksa di tunda ke jam 1 petang akibat tuan punye kereta bangun lewat.Dengan perut yg lapar..perjalan kami pun di mulakn.

Akibat daripada tidak seorg pun dari kami yg pernah ke templer park..maka..di pendekkn cerita..kami ter babas hingga ke rawang dimana kami telah menemui seorg cina tua yg dgn tulusnya menunjukkn kami jalan yg benar."ikut jalan lama ke kl"kata uncle cina tu.Maka kami pun membuka mata dgn luas mencari papan tanda menunjukkn arah ke destinasi kami tu.Namun gagal...kami telah tersalah masuk lorong yg menyebabkn kami terjalan hingga ke ijok.

Setelah berfikir sejenak dan kembali semula ke rawang..dgn bantuan kwn menerusi telefon mudahalih,kami..akhirnya..berjaya menemui templer park..hahahaha.

sungguh seronok dapat mandi sungai.Di tambah pula dgn keindahan air terjun..perh..mang terbaik.Kami cari tempat yg paling atas utk mandi..kesegaran air sungai meghilangkn beban dan kekusutan akal fikiran kami.Memang seronok dan sejuk.Kami mandi sepuas hati sehingga perut kami terasa amat lapar baru lah kami bercadang nak balik.

Sewaktu balik..kepuasan tarpancar di muka setiap kawn2 aku walaupun perut lapa dan dahaga.

Kami menuju ke kl utk masing2 pulang ke rumah...***

Saturday, June 5, 2010

haha

Keadaan panas membangkitkan kesedaran aku utk bangun.Alam teramat cerah dengan sinaran mentari yg telah puncak.Aku melihat keluar jendela melihat suasana yg agak silau.'Da siang'ungkapan tulus keluar dari mulut ku.Sejenak aku berfikir..aku selalu miss keindahan alam di kala pagi.Tapi itu rutin harian.

Hari nie aku ada misi.Nak tolong kwn aku pindah rumah.Agak jauh...subang.Tapi pe bole buat..urusan kje.So aku kene la siap2 nak ready tolong dia..banyak barang dia nie.

Tuesday, June 1, 2010

angin

Pernah mendengar tentang perubahan?well..aku banyak kali.Malah pemimpin negara kita seringkali menjanjikn perubahan di setiap kempen2 mereka.Perubahan keadaan,masa,ekonomi malah sikap.Ya...ya..perubahan boleh mengubah kita.

Angin perubahan..bukanlah angin sepoi2 bahasa yg kita nikmati di kala minum teh sambil makan karipap di waktu petang.Dan bukan juga angin busuk yg keluar dari tubuh kita.Beralih kepada sesuatu yg bukan lazimnya kita lakukan..ya..itu dia.Mungkin dahulu anda suka makan mangga..namun kini hnya jus mangga(hm..nampak mcm tak berubah sgt).

Tetiba konsep perubahan nie terlintas di hati dan otak aku.Mengingatkan aku pada semangat yg aku bawa dari kg halaman dahulu..semangat untuk berubah dan mengubah nasib aku.Namun aku di ubah oleh kota yg sibuk ini.Aku tau bukan mudah utk berubah..tapi senang di ubah.

Mungkin semangat aku menjadi nipis kerana kurangnya sokongan ataupun hati aku mang degil utk berubah.Orang kata masa mengubah seseorang..ya..tapi adakah kepada sikap yg lebih baik?masa depan bukan sesuatu yg kita tahu..tapi yg kita tahu..salah pilihan akan menjahanamkn kita sendiri.Namun kita hanya berfikir tapi..kita..sering memilih utk berubah mengikut jalan yg kita tahu sememangnya tidak sesuai.

Jadi..angin perubahan mana yg menjadi pilihan anda..adakah semangat,impian atau kehidupan?hmm...

*****
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner