Friday, August 27, 2010

..

        







                                                    Semangat!









Wednesday, August 25, 2010

Lebar.




Pagi ini aku bermasam muka.Sesuatu bermain di fikiran aku.Kaki melangkah berat dengan hati yg pilu dan hampa.Hampa dengan dunia.

Jam menunjukkan kol 10.30.Aaa.Perasaan malas memasuki ruang mindaku.Aku capai telefon bimbitku utk melihat jam.Sedang leka melihat gambar yoda..tetiba aku mendapat panggilan.Aku terkejut pada mulanya.Namun..sedikit demi sedikit aku mengukir senyuman lebar.Sememangnya satu panggilan yang merubah mood aku.Aku berasa gembira.

Aku menjerit riang hinggakan beberapa customer memandangku.haha..Aku tidak kesah.Aku happy!!

cukup.

Malang.Memendam perasaan hanya utk kecewa.Namun semua salahku.Aku hanya hidup di dlm mimpiku sendiri.Mimpi yg akan behenti bila kita terjaga.Aku ingt aku telah temuinya.But im a fool.Namun hidup hanya pentas.Kita lah pelakonnya.Melakonkan watak kita hari demi hari.

Bosan.Bosan.Aku bosan.Aku ingin keluar dari pentas ini.Aku ingin melakar kehidupan aku.Aku ingt jd diri aku.Aku mahu lari dari watakku.Cukup sudah kisah lamaku.Cukup sudah aku di permainkan.Bosan.Bosan.Bosan.

Hatiku kini sudah kosong.Sudah ku tutup dan kunci hatiku.Jika aku boleh hidup tanpa hati dan jiwa..aku akan buang hatiku..aku akan patahkan jiwaku.Biar tiada lg seksa.Biar tiada lg duka.Sekurangnya aku masih berhati perut.Masih lagi hidup.

Sesalan ku tiada guna.Apa yg mampu aku buat sekarang hanya lah meneruskan kehidupan.Terus berlakon dalam sendiwara kehidupan.Biar tanpa relaku.Namun harus juga ku teruskan.Jauh di sudut diriku..aku mengharap adanya sinar dalam kegelapanku ini.
Jauh..di sudut diriku..

Monday, August 23, 2010

ikan bakar.




Fuh.Makanan malam nie agak simple namun amat bermakna.Ikan bakar di hiasi dgn nasi kosong dan telur dadar.Sambil menghirup limau ais..sure art.

Tersenyum



Memerhatikan kesibukan kota malam ini sambil ditemani rakan baikku memang satu aktiviti yg baik.Hampir 4 jam bersamanya amat bermakna.Banyak topik yg kami bualkn.Banyak cerita yg kami kongsi.Udara malam agak panas.Aku melihat beberapa manusia dgn ragam dan aksi mereka.Masing2 mempunyai cerita hidup mereka.Begitu juga aku..begitu juga rakanku.Masa berlalu pantas.Aku seronok..ku harap dia juga begitu.Maklum la..ragamku seperti budak2.Aku risau dia bosan.

Melayan aiskrim mcd sambil berborak menambahkan lg seri malam ini.Berjalan di kesesakan malam amat penat namun banyak yg perlu di perhatikan.Memori di bina,pengalaman di cipta.Aku melihat red man dan gold man memperlihatkn aksi mereka.Mereka amat terkenal di kawasan ini.Banyak pulak kumpulan 'busking' mlm ini.Irama merdu mengamit jiwa.kah kah kah.Aku tersenyum sendiri...

Saturday, August 21, 2010

letih



Kekadang aku terasa seperti badut.Membuat org lain ceria namun aku sendiri dalam keadaan sedih.Hidup agak kejam.Tidak seperti fantasi kanak2 di mana semuanya indah.Kekadang aku tertanya,apakah tiada org yg akan memahami.Sudah puas aku menjadi penghibur.Sudah puas aku memperbodohkan diriku.Namun itu lah aku..itu la diriku di sisi mereka.Hanya penghibur hati dikala mereka luka.Dan bila mereka sudah sembuh..aku sudah tak di perlukan lg.

Namun aku bersyukur masih ada juga yg berkawan dgnku.Bukan kerana aku penghibur..tapi kerana aku juga insan.Insan biasa yg memerlukan kawan.Namun hidup dalam kepuraan amat meletihkan.Letih bila terpaksa mengukir senyuman palsu..terpaksa memendam perasaan demi menjaga perasaan org lain.

Aku malah letih utk hidup..

Friday, August 20, 2010

senyum..

Seorang kawan aku pernah bertanya mengapa aku sentiasa tersenyum.Dan mengapa aku sentiasa aktif.Aku menjawab..hidup nie haruslah senyum.Dia keliru dan bertanya mengapa aku berkata demikian.Aku menjawab lagi"kawan..hidup kita ini hanya persinggahan.Mati kita..hanya tuhan yg tahu.Sebelum harinya tiba..maka jangan la kita siakan hidup dgn kesedihan dan kekecewaan.Beramal,bergembira..dan senyum selalu.Kerana senyuman kita mungkin pengubat org lain."

Monday, August 16, 2010

mimpi..



Semalam tdur lenaku di hiasi dgn mimpi.Selalunya tdurku kosong..namun semalam ianya lain.Berbeza.Aku berada di sebuah tempat asing.Di sebuah kampung.Aku tidak mengenali tempat itu..sungguh aku terasa asing.Selang kemudian aku terlihat kelibat seseorang.Wanita.Fikirku.Aku bergegas mengejarnya.Sedang aku berlari..tetiba latarku berubah.Kini aku dapati aku berada di tengah ruang kelas lamaku.

Masih lg bingung..aku terdengar suara ketawa bercampur tangisan.Aku kabut.Keluar mencari punca namun tiada apa yg aku jumpa.Aku berjalan ke ruang kantin.Di sana aku lihat beberapa temanku.Aneh.Mereka teman kerja ku..bukan teman sekolahku.Di sebelah kiriku aku melihat dua ekor ikan..yg aku tidak tahu jenisnya.Tapi amat cantik.

Aku duduk di sebuah meja.Aku lihat sekelilingku dan aku dapati aku bukan lg di sekolah tapi di kampung tadi.Namun kali ini kampung itu agak moden.Masuk seorg lelaki memegang sebuah buku."revolusi'.
Belum sempat aku melihat wajahnya..tidurku terganggu akibat bunyi telefon.Aku terbangun dalam keadaan bingung.

Wednesday, August 11, 2010

sirap


SIRAP.Air paling bes time berbuka puasa.Sirap nie bole dikatakan air kebangsaan la.Jika anda ke majlis2 atau kenduri..air sirap mesti ada.Mesti dihidangkan.Time raya air sirap pasti wajib di hidang..

Air sirap nie sememangnya amat bermakna.Anda malah bole mengubah rasa sirap nie dgn menambah susu atau limau.Cukup specil'..kah kah kah.Semasa aku ke bazar aku melihat ramai orang membeli sirap.Nie membuktikan air sirap amat menguntungkan.

Nmpknya aku harus berfikir panjang....

Thursday, August 5, 2010

sekuntum hidup..



Sekuntum bunga ros mengambarkn hidupku.Kelihatan cantik..namun hanya ada 1.Walau di hiasi dgn bingkai..namun hanya palsu.
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner