Saturday, July 31, 2010

akhirnya



Aaaa...akhirnya aku menjumpainya..haha

Thursday, July 29, 2010

gaji




Hari gaji tiba lagi..dan seperti hari2 gaji lain..aku menjadi runcing dan gelisah.Mana taknya..bila hari gaji je..macam2 aku fikir nak beli.Pernah satu kali tu aku fikir nak beli tv led 50 inc.wOwoWo..mahal tu.Bukan apa..aku nye tv old skol nie agak mengharukan bila di buka n di lihat.Ada kelihatan beberapa warna yg tak sepatutnya muncul.huhuhu.

Pernah juga satu masa nie-hari gaji juga-aku terfikir nak pergi bali,makan angin la katakan.Boleh pla time tu aku nye nitendo ds rosak..so terpaksa la aku baiki.So aku just duduk dpn kipas.Makan angin juga tu.kah..kah..kah

Dua bulan lepas nye gaji aku cadang nak angkat DSLR..canon 550D.Tapi di sebabkan time tu gji aku tak seberapa nak up..aku beli stock megi utk dua bulan.Baru true.Tapi makan megi banyak2 nie membuatkan aku gayat dan kurang seimbang.

So gaji kali nie aku taknak rancang apa2..sebab setiap kali aku rancang..mesti tak jadi dan pastinya akan terpesong.Aku nak try kosongkan fikiran aku sambil shoping lainkali..tengok aku beli benda yg aku betul2 nak pakai atau tak..kah..kah..kah..

Sunday, July 25, 2010

malamku

Aaaa...keadaan yg tenang sambil angin malam yg sepoi2 bahasa sememangnya amat menenangkan hati dan jiwa aku.Kedengaran jiran sebelah rumah bertengkar kuat..siap ada bunyi pecah2 lg..tp itu semua biasa saja.Walaupun bunyi motokar lalu-lalang dgn bunyi dgn raungan motor2 para mat rempit tidak menganggu malam ku yg tenang nie.Ku hirup secawan kopi ais dan melihat one manga.Emm..komik otaku no musume-san nie amat menarik ceritanya.

Kemudian ketenangan aku mula tergangu akibat perbuatan 1 makhluk yg amat membencikan.Sungguh menyakitkan hati betul la dia nie.Itu belum lagi dia bawa rakan2 dia tumpang sekaki.Tak guna betul.Lalu dgn pantas(namun tak sepantas flash)aku menyambar shieldtox dan ku sembur sekuat hati tanpa ragu2 dan curiga.Yaah!!jeritan dalam hatiku memecahkan kesunyian fikiranku.

Fuh..lega sangat aku.Baru la aku terasa aku hebat.Dan mungkin agak kacak tadi.Tapi saat itu hanya bertahan sebentar sahaja.Aku kembali normal.Dan aku yg normal nie mula hanyut dalam fikiran aku sendiri.................

Monday, July 19, 2010

hmm..



Bosan..bosan.Bukan bosan dgn hidup tapi bosan dgn minda org lain.Bosan dgn penipuan dan sikap hipokrit org.Bosan asyik menjaga hati org bilamana hati sendiri terbiar.Kebosanan begini yg membuatkn jiwa menjadi kosong.Fikiran berkecamuk dan kacau.

Hidup tak bole sendiri..namun jika hanya kita yg bertolak ansur..maka lbh baik hidup sendiri.Aaa..nak tulis blog pun xde mood da.hmm...

Tuesday, July 13, 2010

penat

Aaa...badan masih terasa penat setelah 1 lg pengembaraan yg hebat ke sungai.Kali nie aku dan kawan2 ke ulu yam.Hehe..xde la hebat mana..but still ok.Keadaan di ulu yam tak sehebat templer.Kat ulu yam takde air terjun.

Dan dalam keriangan bermandi sungai tu..kami dpt melihat keindahan alam founa..di samping awek2 cun..haha.Selepas mandi..kami makan kat area gombak.Nasi ayam dia sedap.Nasi tambah aku oder..haha.

Dalam kepenatan yg tak hilang lagi..aku sebaik sahaja sampai ke rumah..telah di ajak keluar ke i-city utk melihat perlawanan akhir world cup.Aduh..penat tapi takpe..bole enjoy lagi..haha.

Kesudajannya aku balik kol 6.30 pagi dalam keadaan super penat..dah la tak cuti..kol 11 da kne bangun p kje.

aarrrgghhh~~~

Saturday, July 10, 2010

berjogging



perrggh!!Aku da lama tak melakukan akiviti yg sihat nie.Disebabkn hari nie aku cuti lg..so aku mengambil langkah yg xpena aku buat sepanjang aku menetap di kl nie.Berjogging.

Pemandangan agak indah sisaluti dengan cuaca yg redup2 best2.Bersemangat aku jog bersama kawan ku.Namun ku sangkakan panas berpanjangan..rupa2 setelah 2 round..aku pancit.haha.Cilaka.

Friday, July 9, 2010

sorang..




Dah dua hari aku berkerja sendirian.Rakan seangkatan aku cuti panjang.Hari terasa panjang dan bosan.Malah nak ke toilet pun susah.hee.Tapi aku da biasa.Dulu aku hidup pun sorang2.Takde kawan..pa lagi awek.sekarang aku ramai kawan..namun awek tetap takde.haha.

Aku berasal dari sebuah kampung yg amat indah.Dulu aku suka merayau2 didalam hutan sorg2.Tapi kekadang adik aku temankan aku..terutama bila nak ke sungai.Keindahan flora fauna mengamit pandangan aku.Tapi sayang aku time tu takde kamera.

Hidup di bandar nie lagi la selalu sorg.Jauh dari family dan saudara.Tapi nasib baik ada kawan2..takde la aku terasa seperti berada di sebuah perkampungan Russia.haa.

Malam nie aku sorg lagi.Member2 aku semua berjaming.Aku duduk rumah main game.hee~

Wednesday, July 7, 2010

1 tahap..

Satu malam tu aku lepak dengan 1 member aku nie.Dia kira member baik aku la.Dan seperti biasa,bila lepak dengan dia..pasti adanya topik2 yg menarik utk di sembangkn.Member aku nie bole tahan terer bab2 muzik dan fesyen.Belum campur dia terer main game.haha

Aku kalau lawan game tekken dgn dia..dia sapu aku.Sedang kami rancak berborak..dia tetiba berkata"dulu..aku mang layan banyak lagu..dari the who..beatles..the jam..joy divison..sampai la lagu nta pa2.Tapi skang da lain..aku da soul.Sampai 1 tahap nanti..kau mesti akan jumpe muzik yg betul2 in dgn kau.Mcm aku."

Aku agak bersetuju gak.Sampai satu tahap nanti..kita pasti akan stop bila kita da jumpe pa yg kita mahukn dlm hidup.Tak kira la minat muzik kita..atau pun cara hidup kita.Waktu muda..mang kita mudah terikut2 dgn perubahan semasa.Tapi kita akan letih juga nanti.Pastinya akan kita bosan juga mencari .

So..time muda nie la kita nak cari minat kita..n tujuan kita.Bila da sampai tahap 'tu' nanti..tak la kita cemas dan gelabah.Ada gak persedian..haha

Monday, July 5, 2010

Entah lah

Keindahan lampu jalan membuai akal fikiran aku.Sambil mendengar lagu Eric Clapton aku berfikir sendiri.Sejak kebelakangan nie aku asyik termenung dan asyik tergangu fikiran.Mngkin ada kaitan dengan model aksi star wars yang aku tak mampu nak beli tu.yela..harga dia RM789.Perggh..

Semenjak itu juga aku nak makan megi pun tak selera sgt.Malah susu HL kegemaran aku pun aku tak sentuh.Hanya ku pandang.Resah.Namun kegelisahan dan kebuntuan otakku masih mampu aku handle.Blup!ikan member aku membuat kecoh.Lapar kot.Aku bagi makan biskut tiger baru tau.hahaha.

Aarrggh!nyamuk pla banyak.Potong stim betul.Segera aku capai shieltox..kasi sembur kaw2.Fuh..lega.Banyak kacau betul.

Mata aku pla semakin berat.Semalam balik dan tido lewat.Sesekali lepak mamak borak2 dgn member cun gak.Fikiran aku melayang lagi.

~~~

Eh?...

Saturday, July 3, 2010

err..ada masa sikit..

Semenjak musim bola nie..aku agak jarang online.Letih berkerja bercampur dgn aktiviti tgk bola..membuatkn aku tak menepati masaku dgn betul.Namun aku tetap luangkn masa utk baca komik online.Harus!

Malam nie aku tak larat nak tgk bola kat mamak..so aku just tgk bola kat rumah.Nie pun sempat tulis blog time masa rehat,so ada masa sikit.Member aku pla baru pindah masuk rumah nie..so the more the happier.HAHA.

Sambil menghirup kopi ais..aku fokus..
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner