Thursday, March 25, 2010


Hari nie aku hampir2 lewat ke tempat kerja.Time nak bangun tu..punyalah payah umpama sebuah bakul besar berisi 300 biji burger berada diatas dada aku.payah.Namun aku gagahkan juga bak hero hindustan yg da kene tembak dan di pukul oleh 20 orang penjahat namun tetap nak selamatkan awek dia.

sesampai aku ke tempat kerja..di awal pagi tu terasa amat bosan..dengan langsung takde pelanggan..dengan mata bengkak aku..mang gabungan terbaik untuk aku curi2 tdo dalam stor.So aku pun tdo lah dengan merdu di dalam stor selama sejam.

Kol 12 aku bangun n menuju ke tempat pemakanan staff..ku beli nasi berlaukkan ayam goreng lalu santap la aku..ketika itu..mataku masih mengantuk dan fikiran buntu.

selepas makan,aku buat-buat kerje dalam stor sambil baca komik anak pelanggan yg tertinggal semalam.Dalam kol 2pm aku rehat bersama kawan seperjuangan.Selepas kembali..aku menyambung kelakuan tidur ku selama sejam sebelum kembali ke kuanter untuk menjalankan pekerjaan yang tulus.

*akhirnya aku duk floor kacau org sampai aku balik*

Monday, March 22, 2010

Berapa lama kamu kenal diri kamu?.Bagi aku..aku da agak lama hidup..namun masih awal untuk aku katakan aku siapa.Bila kita kata kita kenal diri kita..tapi adakah betul kita kenal?atau hanya penyedap diri untuk kita mengelak akan kekecewaan?

Banyak buku mengajar kita cara untuk mengenali diri..kenapa?perlukan kita akan petunjuk untuk mengenali diri kita sendiri..ataupun kita begitu naif..hinggakan untuk mengenal diri kita..kita perlukan bimbingan dan petunjuk.Rasa rendah diri membolehkan kita mengenali siapakah kita.Jika aku kenal diri aku..aku boleh katakan aku siapa sahaja.Aku boleh jadi siapa sahaja.

Jika kita kenali diri kita..kita akan cintakan diri kita..dari situ..keyakinan akan timbul..minda akan tangkas berfikir.Kelakuan akan lebih teratur.Ini semua jika kita kenal siapakah kita.Jika kita tahu akan kehebatan kita sendiri.

Saturday, March 20, 2010

impian..

IMPIAN.Aku punya impian.Semua orang punya impian.Ada yg hendakkan rumah,ada yg hendakkan isteri yg cantik(hampir semua lelaki ada impian ini)ada jga yg punya impian kecil.
Aku jga punya impian..impian seperti mana manusia normal.Aku impikan hanya utk memiliki sebuah rumah ala2 jepun,kereta fiat600 takpun kereta buatan malaysia-viva-
Tapi itu hanya impian yg normal.Aku punya impian yg lain jga.Aku jga impikan aku ini bukan lah manusia normal.YA.Impian seperti mempunyai kuasa hebat seperti superman.HAHA.Atau jga mempunyai sebuah kapal selam(mang impian aku dr kecil,ketika itu aku amat berminat dgn cerita twenty thousand leagues under the sea)amat la seronok utk memiliki sebuah kapal selam.
Penjelajahan di dasar lautan mang sesuatu pengalaman yg pasti mendebarkn dan aku akn sentiasa rasa teruja.
YA.Jika di berikan peluang utk merealisasikan impian..aku pilih utk mempunyai sebuah kapal selam.Pastinya aku akan gunakan kapal selam aku utk mencari kota atlantis..kota yg digambarkan oleh plato.Malah menjelajah kedasar lautan itu sahaja boleh membuatkan aku teruja.Bayangkan dapat melihat hidupan laut.Obor2..ikan paus..malah kuda laut.HAHA.
Tapi taknak lah bertembung dgn kraken..atau mana2 sea monster.Pasti tak seronok.
Apapun..itu semua impian.Buat masa nie..aku stay dgn impian normal aku.
Lebih selamat dan aku mampu..hanya waktu menentukan.

Monday, March 15, 2010

fuh..

seronok...
cis,aku kene kje full hari nie..Kenapa?aku punya rakan perkerjaan mc.
Dalam pekerjaan aku hari nie..macam2 pekara yg berlaku.Setelah mendapat khabar bahawa rakan aku mc,maka secara rasminya aku full.Tapi aku bukan nak cerita bende full nie.hehe.Semasa aku pergi rehat tadi..aku pergi makan di cosway.Aku dengan member aku..T n F.
Perut terasa amat lapar sekali..so aku plan nak makan nasi dengan riang.Sewaktu mengambil nasi..member aku..T..menasihatkan aku agar berhati2 mengambil makanan kerana nasi campur kat situ amat mahal.So aku pun ambil nasi dan lauk ikan sahaja.Dengan yakin,aku ke meja pembayaran.RM7.90.Hah?.tapi ikan je nie??itu pun ekor je..
cis..Da beragak pun masih mahal..ikan tangkap kat afrika kot.IMPORT.hehe.Tapi nasib bek la sedap..so terisi gak perut aku..hehe..tapi mahal makanan kat cosway nie pun bab nasi campur je..makanan lain murah..dan yg penting sedap..haha

Friday, March 12, 2010

Huuu...
Perut terasa lapar..namun yg ada hanya sardin tuna dan megie'mi sedap perisa sup bawang'.
teringat aku dikala aku masih beresekolah dahulu..
megie..megie..sedap..kawaaaii(dalam ertikata makanan).Hari nie agak bosan..aku layan anime k-on..waah..bagus anime nie..namun kelaparan perut masih lg menghantui aku.Aku gagahkn diri..untk memanas air(bagusnya kalau ada mesin yg mampu masakkn anda megie)uhuaa..
air da panas..
masukkn megie..huu..~~
daa..tadaa..megie siap..yummm..eh..campurkan semua tuna nie dlm megie..uuu..
sedap..cube la kat uma..
haha

Monday, March 8, 2010

Gibson.Hebat.Aku kacak jika aku pakai gibson.Tapi apa kan daya..permainan gitar nie bukan bidang aku.Tapi bab conteng kotak kasut kat tempat kerja aku..mang aku reti.
Jika dulu aku tak menyertai bidang retail nie..mungkin aku da menjadi seorang penyayi dan pelakon.Nasib baik aku kerja retail.Gibson.Dulu aku hanya tau gitar yg kayu tu.Gitar Tong.
Gibson nie..gitar yg mahal..bayangkan berapa banyak pasang kasut converse dan baju voltron aku boleh beli dengan harga sebuah gibson.Boleh buka bundle.Bundle am jual baju voltron.
Aku suka tengok orang main gitar..sama seperti aku suka tengok iklan makanan kat tv3.
Tapi itulah..permainan gitar nie bukan bidang aku.

Friday, March 5, 2010

kalau ada baru..

Hari ini hari yg amat memenatkan serta amat membuntukan otak di tempat kerjaku.Hari ini hari pertama sale.Close sale for member.
Aku seperti biasa berada di tempat aku..menjual kasut2 import dengan harga yg berpatutan.Dengan perasaan yg penuh jitu dan bersemangat aku menjual kasut dengan tekun.Masa berlalu dengan amat perlahan dan aku mula merasakan tulang kaki aku seperti nak retak akibat kebanjiran pelanggan yg mencuba kasut import aku.Menjelang pukul 4 petang..aku da terasa seperti seorang pelari jarak jauh yg telah berlari sejauh 25 batu tanpa henti.
Selepas rehat...bilangan pelanggan bertambah ramai..angka kasut yg telah dijual..65 pasang kasut.Menjelang malam..kebanyakkan pelanggan hanya mencuba kasut..tetapi dalam kuantiti yg banyak.Didalam kesibukan melayan pelanggan..terdapat seorang pelanggan nie..datang kearah aku lalu berkata;
MR.?:aa..hei boy..ini kasut ada sale ka?
err..dia tak nampak ke diskaun tag aku yg besar tu..
AM:ada bang..30+20%..
MR.?:kasi saya try..saiz 7..baru punya..kalau ada baru saya boleh try..
AM:nie takde yg baru..display sahaja..boleh try nie dahulu..
MR.?:hah?takda baru ah?pa macam mau try..ini org sudah try..
da nama pun kasut display..mang la untuk org try..bodoh..tapi dia tetap try juga atas desakan hati dan ketulusan jiwa aku.
MR.?:oohh..tak ngam..bagi saiz 8.
Lalu dengan pantas aku mengambil saiz 8.Setelah menyarung kekakinya..dia berdiri..
MR.?:banyak bagus..selesa..memang kasut buatan itali..good..betul2 sedap..berapa harga kasut ini lepas diskaun?
AM:lepas tolak..RM503.44.
MR.?:hah?..kenapa mahal?bukan harga dia RM99??
AM:bukan bang..RM899.
Selepas mendengar harga kasut..mr.? pun mengerutkan dahi lalu berkata..
MR.?:kenapa macam tak setabil sahaja..rasa macam sempit..kalu saiz 7 lg sempit..saiz 9 besar..mungkin ini kasut tajam..kaki saya lebar..tak ngam..tak sedap pakai..saya tak mau..nanti sakit kaki..
eleh..membebel pla pelanggan nie..tadi kata selesa...bagus..nta la..dia pun beredar sambil membebel nta apa.Macam2 perangai..Aku mengharungi malam dengan kepenatan tahap mendaki gunung kinabalu sambil mengangkat beg seberat 20 kg.
Diakhirnya..aku berjaya menjual 86 pasang kasut..dan berjaya berhadapan dengan pelanggan yg amat pelik2 dan memeranjatkan..
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner