Wednesday, December 8, 2010

Da lama aku tak tulis menulis nie.Sibuk.Hari tu makan ramen..gler besar mangkuk..nak bubuh aku dlm tu pun muat.keh keh.Tapi tak sedap sangat.Tapi bab mkn dgn kwn..aku tbhkn jugak..tp tempat mang langsung tak best.Hidup skang agak kusut.Tapi time kat tempat keje je lah.

Friday, November 26, 2010

hehe

Sakai lah.Penat aku menahan sakit bibir plus sakit kepala plus sakit belakang aku.Cibai nye plak ditambah dgn boss aku yg mang gampang haram cam babi hutan yg asyik nak mkn sayuran tgh2 mlm buta.puih!.

Suasana agak dingin2 lately.hmm.Aku plak kene demam.hmm.Tapi bukan demam penyakit tu..tapi demam nak beli basikal.Cerita nyer..aku nak lumba haram dgn seorang member kat tempat kerja aku nie.Ganjaran plak amat menarik.Mana tak nyer,sape yg menang bole membawa pulang secepuh dan segantang beras bukit tanaman original dari ladang.Amat trharu-biru.Muka aku pucat menahan onak di dada.Cerita sahabat aku pulak ada 1 nie basikal baik punyer.Jual banyak murah oleh ini 1 tokeh.Ini semua pasal lumba haram.

Saturday, November 13, 2010

ahak!

Kau pergi.Aku terus hidup.Kau mengkianati aku lagi.Aku terus hidup.So kau bole pegi jahanam.

Tapi itu bukan topik aku.Da agak lama since aku tak update blog aku nie.Siap dgn sarang labah2 lg bersangkut-paut kat celah2.Nak buat camne.Keadaan tempat kerja yg super sibuk dan super hari2 16 jam keje.Rasa nak mati pon ada.Rasa je.Tapi hakikat..agak seronok gak keje bz2 nie.Mencabar minda dan tatasusila aku.keh keh keh.
Di kesempatan ini aku mengucapkn selamat berkerja keras demi hari esok.eh?..otak da blur..grr..rrr...need rest...

...zzzzzzzzz.......

Tuesday, November 2, 2010

huhu

Keadaan tempat keje yg agak bz membuatkn hidup aku kurang menentu.Namun itu semua tidak aku rasa akibat aku fokus menyiapkn keje ku.BIASALAH.

Monday, October 25, 2010

SENYUM.Ya.Hanya itu yg mampu aku buat setelah apa yg berlaku pada ku.Dalam keadaan yg strez tu..aku layan anime non-stop.Berkesan.Now im a bit ok.Dan aku mampu tersenyum.Baik2.

Keadaan aku yg bz di tempat keja  membantu aku melupakan pahit2 kopi kisah sedih aku.Kini aku da mampu berdiri walaupun luka di lutut.

Anda bagaimana?

Thursday, October 21, 2010

.....

Orang kata..jika kita terlalu mengharap,pasti kita akan kecewa.Well..itu lah yang aku rasa berlaku pada aku.Kecewa.Sedih.

Namun itu tidak melemahkn semangatku.Aku gigih bangkit setiap hari untuk berusaha.YA!aku yakin..suatu hari nanti aku pasti mampu.

Tuesday, October 12, 2010

12 OCT.Hari yang amat memenatkn.Penatnya hanya mampu ku luahkn melalui hujung jariku..kalu bole guna jari kaki menaip..pasti aku lakukn..keadaan agak gelap bila aku melangkah ke tmpt keje pagi td.Terasa mcm nak pegi menjual kat pasar pagi je.

keadaan tempat keje amat baru..dgn perabot tak siap lg.Tugas hari nie:bertukang!.Da terasa diri mcm pawnstar.hahaha.

Dengn tekak yg amat haus,aku memilih utk minum air asam jawa.TERBAIK!pergh..mang terbaik dr ladang.Hilang sekejap perasaan penat dan gelisah dari bdn.Aku blik agak awal berbanding rakan2 yg lain.Sebaik saja aku smpai ke rumah,aku tdo dgn nyenyak...

Monday, October 11, 2010

penat.

Dengan yakin aku duduk kat kedai mamak and oder kopi o ais.Malam2 yg tenang cam nie lepak dengan member agak menaik.Kami baru sahaja selesai camping.Agak penat tapi dpt duduk di tepi unggun api sambil mendengar laguan merdu ala2 jiwa kacau memang art.

Sambil berborak ringan mengenangkn aktiviti td..mata aku ligat memerhati keadaan sekeliling.

Gelak demi gelak berlalu.Seronok ada..lahanat pun ada.Tapi keadaan x mgizinkn aku..aku tepaksa beredar..penat..

Friday, October 8, 2010

Seminggu nie aku terasa amat penat.Penat.PENAT.Aku bkn sahaja penat fizikal..tp..yg lebih penat adalah mental.Aku telah berpindah ke tmpt bru..so sekarang nie dlm tempoh traning yg amat panjang..SEBULAN!.

Hari2 aku kene bgn awal.Hari2 aku kne dtg awal..tapi bliknya lewat.huh.Nasib baik la suasana traning bkn totaly bosan..ada jugak penambah minat.Tapi tu lah..kepenatan akhrnya membuatkn aku tetap trasa malas utk ke tmpt traning keesokkn harinya..tapi sabar je lah.Nanti takda plak duit makan aku.

Keh keh keh.
Aku telah memulakan pengalaman bru d tempat bru..agak penat juga..huhu

Saturday, September 25, 2010

Baru balik dari kg.aku rasa:-




             letih!! tak tipu punye!!






ceh....

Monday, September 20, 2010

Art Makanan

Hari nie aku blik kg.Da lama aku tak into 'scene' blik kg nie.Keadaan di cnie masih tak jauh bezanya dgn dahulu.Cuaca panasnya masih sama.Ceh!.Buat aku resah n gelisah je.Baru sebentar tadi aku makan BAKSO.Ya..bakso..makanan yg aku rasa sangat art yg mendalam.Bayangkn..dalam juadah yg ringkas tu ada macam2 ramuan yg pelik2.True..sgt true.

After that(kata mat saleh) aku layan plak chiken wing panggang.Perrghh.Memang menaik rasanye.Heaven dude...heaven.Art makanan nie menjadi fokus utama aku.Banyak lg juadah yg perlu aku rasa sebelum aku blik ke kota raya yg sibuk itu.

Malam nie perut ku sgt kenyang.Kenyang dude..kenyang...fuuhh..

Sunday, September 19, 2010

UFO?

Hari nie aku lihat 1 kejadian yg amat pelik.Aku hanya mampu melihat kelibat cahaya yg tetiba hadir di ruang angkasa tempat tinggalku.Apakah ia?

Thursday, September 16, 2010

Kah Kah Kah

Aku selalu termenung sejak akhir2 nie.Kekadang aku tersenyum..kekadang aku bermuram.Selalunya aku akan di sergah dgn member aku..baru lah aku kembali ke dunia nyata."Agak lucu"katanya.."woi..da gila ke"jeritnya.Member aku yg tinggi tu..tak ckp pe..dia terajang je aku.kah kah kah.Bertuah punya member mcm dorang nie.PRIHATIN.


Sunday, September 12, 2010

.








Jiwa aku kosong!
    Tapi aku punya soul!






.
          

Saturday, September 11, 2010

hari raya



fuh..akhirnya selepas sebulan berpuasa..raya tiba lg!.Tapi tahun nie aku beraya di tempat kerja sahaja.Kerana peluang aku tahun nie di amik oleh org lain.So bekerja lah aku.Namun hari raya nie amat memenatkan.Mana taknya..sampai2 je aku kat tempat keja..kaunter aku telah di serang oleh para customer cina yg langsung tak memberi peluang utk aku menjamu selera dgn juadah yg member2 aku bw.ceh!

Agak2 dalam kol 2 baru lah aku berkesempatan menikmati ketupat,rendang,sup ayam..air sirap..satay dan kuih2 yg pelbagai aneka dan kaler.Sungguh terharu.Dah lah keluarga aku jauh.Nasib baik lah dapat juga mkn.huhuhu.....

Aku akhiri hari aku di tempat keja dgn sesi amik pic yg seronok.Penat belari2 nak amik scene yg menarik.kah kah kah

Thursday, September 9, 2010

Memberku.



Semalam aku kuar dgn member aku(yg pic ats tu)..tapi just merayap2 area bukit bintang je.Dia nie dulunye budak MOD sejati.Tapi akhir2 nie aku tgk dia da mcm david bowie.Dan kekadang serupa jim morrison.Dulu dia nie la yg ajar aku banyak pasal fashion dan life style.Agak true gak dia nie.

'Sampah'.Itu perkataan fav dia nie.Sampah bg dia banyak maksudnya.Jika benda tu baik..dia komen sampah..jika tak baik..pun dia komen sampah.Rokok nusantara adalah rokok tema dia.

Aku sudah banyak kali pujuk dia jualkn kasut Gola dia kat aku..namun tak berjaya.Ceh.Mungkin bab aku mintak rm20 je kot.kah kah kah.
Rambut dia tu kalau gadai kat pajak gadai..silap2 aku bole beli kereta viva 1.cash.kah kah kah.
So mang dia nie true.

Tuesday, September 7, 2010

mengapa..

Salah kah aku cuba utk menjadi yg terbaik.Tak cukup kah aku buang ego ku..aku persembahkn hidupku utk mu.Tapi kita hanya insan biasa.Yang mampu terluka..yg mampu kecewa.Itu lah aku.Insan biasa.Mengapa aku harus lalui jalan yg kurang selesanya..yg bengkok tanpa lurusnya.Salahkah aku?.

Mungkin  aku masih mentah.Tak cukup masak.Namun aku boleh berfikir.Harus kah aku menjadi bodoh utk membiarkan hidup aku di permainkn.TIDAK.Itu bukan aku.Itu aku yg dulu.Aku yg kini mampu menggunakan akalku.Dan akalku berkata,'jangan menjadi bodoh.Ini bukan hujungnya.Harapan masih ada di luar sana'.YA.

Ku selami mindaku.Ku mencapai jiwaku.Aku harus teruskan.Penipuan itu adat dunia.Dunia yg sememangnya hanya 1 pentas opera.Aku harus bangkit menuju kehadapan.Masih ramai lg yg mampu membantuku.Rakan2 ku ada.Keluargaku juga ada.Mereka la pencetus hidupku.

Hari esok menanti aku..

Friday, September 3, 2010

donut.



Memakan donut nie sememangnya satu art yg klasik.Lihat saja movie2 barat,pasti akan ada scene dorang makan donut.Da macam satu tren.Patut la movie2 tempatan susah nak jadi gempak cam movie2 barat..sebab kita tak mempunyai scene 'donut'.

Donut2 ini juga dihiasi dgn corak2 yang menarik dan boleh dikatakn cukup art.Pastinya satu donut mampu memberi cukup ilham seni kepada anda.kah kah kah.Yang pasti..memakan donut nie satu kemestian peringkat pasti.

Wednesday, September 1, 2010

"Kini aku mula mengerti akan tujuan hidupku.Hanya satu..hidup dengan bahagia dengannya..insan yg aku sayang."

Friday, August 27, 2010

..

        







                                                    Semangat!









Wednesday, August 25, 2010

Lebar.




Pagi ini aku bermasam muka.Sesuatu bermain di fikiran aku.Kaki melangkah berat dengan hati yg pilu dan hampa.Hampa dengan dunia.

Jam menunjukkan kol 10.30.Aaa.Perasaan malas memasuki ruang mindaku.Aku capai telefon bimbitku utk melihat jam.Sedang leka melihat gambar yoda..tetiba aku mendapat panggilan.Aku terkejut pada mulanya.Namun..sedikit demi sedikit aku mengukir senyuman lebar.Sememangnya satu panggilan yang merubah mood aku.Aku berasa gembira.

Aku menjerit riang hinggakan beberapa customer memandangku.haha..Aku tidak kesah.Aku happy!!

cukup.

Malang.Memendam perasaan hanya utk kecewa.Namun semua salahku.Aku hanya hidup di dlm mimpiku sendiri.Mimpi yg akan behenti bila kita terjaga.Aku ingt aku telah temuinya.But im a fool.Namun hidup hanya pentas.Kita lah pelakonnya.Melakonkan watak kita hari demi hari.

Bosan.Bosan.Aku bosan.Aku ingin keluar dari pentas ini.Aku ingin melakar kehidupan aku.Aku ingt jd diri aku.Aku mahu lari dari watakku.Cukup sudah kisah lamaku.Cukup sudah aku di permainkan.Bosan.Bosan.Bosan.

Hatiku kini sudah kosong.Sudah ku tutup dan kunci hatiku.Jika aku boleh hidup tanpa hati dan jiwa..aku akan buang hatiku..aku akan patahkan jiwaku.Biar tiada lg seksa.Biar tiada lg duka.Sekurangnya aku masih berhati perut.Masih lagi hidup.

Sesalan ku tiada guna.Apa yg mampu aku buat sekarang hanya lah meneruskan kehidupan.Terus berlakon dalam sendiwara kehidupan.Biar tanpa relaku.Namun harus juga ku teruskan.Jauh di sudut diriku..aku mengharap adanya sinar dalam kegelapanku ini.
Jauh..di sudut diriku..

Monday, August 23, 2010

ikan bakar.




Fuh.Makanan malam nie agak simple namun amat bermakna.Ikan bakar di hiasi dgn nasi kosong dan telur dadar.Sambil menghirup limau ais..sure art.

Tersenyum



Memerhatikan kesibukan kota malam ini sambil ditemani rakan baikku memang satu aktiviti yg baik.Hampir 4 jam bersamanya amat bermakna.Banyak topik yg kami bualkn.Banyak cerita yg kami kongsi.Udara malam agak panas.Aku melihat beberapa manusia dgn ragam dan aksi mereka.Masing2 mempunyai cerita hidup mereka.Begitu juga aku..begitu juga rakanku.Masa berlalu pantas.Aku seronok..ku harap dia juga begitu.Maklum la..ragamku seperti budak2.Aku risau dia bosan.

Melayan aiskrim mcd sambil berborak menambahkan lg seri malam ini.Berjalan di kesesakan malam amat penat namun banyak yg perlu di perhatikan.Memori di bina,pengalaman di cipta.Aku melihat red man dan gold man memperlihatkn aksi mereka.Mereka amat terkenal di kawasan ini.Banyak pulak kumpulan 'busking' mlm ini.Irama merdu mengamit jiwa.kah kah kah.Aku tersenyum sendiri...

Saturday, August 21, 2010

letih



Kekadang aku terasa seperti badut.Membuat org lain ceria namun aku sendiri dalam keadaan sedih.Hidup agak kejam.Tidak seperti fantasi kanak2 di mana semuanya indah.Kekadang aku tertanya,apakah tiada org yg akan memahami.Sudah puas aku menjadi penghibur.Sudah puas aku memperbodohkan diriku.Namun itu lah aku..itu la diriku di sisi mereka.Hanya penghibur hati dikala mereka luka.Dan bila mereka sudah sembuh..aku sudah tak di perlukan lg.

Namun aku bersyukur masih ada juga yg berkawan dgnku.Bukan kerana aku penghibur..tapi kerana aku juga insan.Insan biasa yg memerlukan kawan.Namun hidup dalam kepuraan amat meletihkan.Letih bila terpaksa mengukir senyuman palsu..terpaksa memendam perasaan demi menjaga perasaan org lain.

Aku malah letih utk hidup..

Friday, August 20, 2010

senyum..

Seorang kawan aku pernah bertanya mengapa aku sentiasa tersenyum.Dan mengapa aku sentiasa aktif.Aku menjawab..hidup nie haruslah senyum.Dia keliru dan bertanya mengapa aku berkata demikian.Aku menjawab lagi"kawan..hidup kita ini hanya persinggahan.Mati kita..hanya tuhan yg tahu.Sebelum harinya tiba..maka jangan la kita siakan hidup dgn kesedihan dan kekecewaan.Beramal,bergembira..dan senyum selalu.Kerana senyuman kita mungkin pengubat org lain."

Monday, August 16, 2010

mimpi..



Semalam tdur lenaku di hiasi dgn mimpi.Selalunya tdurku kosong..namun semalam ianya lain.Berbeza.Aku berada di sebuah tempat asing.Di sebuah kampung.Aku tidak mengenali tempat itu..sungguh aku terasa asing.Selang kemudian aku terlihat kelibat seseorang.Wanita.Fikirku.Aku bergegas mengejarnya.Sedang aku berlari..tetiba latarku berubah.Kini aku dapati aku berada di tengah ruang kelas lamaku.

Masih lg bingung..aku terdengar suara ketawa bercampur tangisan.Aku kabut.Keluar mencari punca namun tiada apa yg aku jumpa.Aku berjalan ke ruang kantin.Di sana aku lihat beberapa temanku.Aneh.Mereka teman kerja ku..bukan teman sekolahku.Di sebelah kiriku aku melihat dua ekor ikan..yg aku tidak tahu jenisnya.Tapi amat cantik.

Aku duduk di sebuah meja.Aku lihat sekelilingku dan aku dapati aku bukan lg di sekolah tapi di kampung tadi.Namun kali ini kampung itu agak moden.Masuk seorg lelaki memegang sebuah buku."revolusi'.
Belum sempat aku melihat wajahnya..tidurku terganggu akibat bunyi telefon.Aku terbangun dalam keadaan bingung.

Wednesday, August 11, 2010

sirap


SIRAP.Air paling bes time berbuka puasa.Sirap nie bole dikatakan air kebangsaan la.Jika anda ke majlis2 atau kenduri..air sirap mesti ada.Mesti dihidangkan.Time raya air sirap pasti wajib di hidang..

Air sirap nie sememangnya amat bermakna.Anda malah bole mengubah rasa sirap nie dgn menambah susu atau limau.Cukup specil'..kah kah kah.Semasa aku ke bazar aku melihat ramai orang membeli sirap.Nie membuktikan air sirap amat menguntungkan.

Nmpknya aku harus berfikir panjang....

Thursday, August 5, 2010

sekuntum hidup..



Sekuntum bunga ros mengambarkn hidupku.Kelihatan cantik..namun hanya ada 1.Walau di hiasi dgn bingkai..namun hanya palsu.

Saturday, July 31, 2010

akhirnya



Aaaa...akhirnya aku menjumpainya..haha

Thursday, July 29, 2010

gaji




Hari gaji tiba lagi..dan seperti hari2 gaji lain..aku menjadi runcing dan gelisah.Mana taknya..bila hari gaji je..macam2 aku fikir nak beli.Pernah satu kali tu aku fikir nak beli tv led 50 inc.wOwoWo..mahal tu.Bukan apa..aku nye tv old skol nie agak mengharukan bila di buka n di lihat.Ada kelihatan beberapa warna yg tak sepatutnya muncul.huhuhu.

Pernah juga satu masa nie-hari gaji juga-aku terfikir nak pergi bali,makan angin la katakan.Boleh pla time tu aku nye nitendo ds rosak..so terpaksa la aku baiki.So aku just duduk dpn kipas.Makan angin juga tu.kah..kah..kah

Dua bulan lepas nye gaji aku cadang nak angkat DSLR..canon 550D.Tapi di sebabkan time tu gji aku tak seberapa nak up..aku beli stock megi utk dua bulan.Baru true.Tapi makan megi banyak2 nie membuatkan aku gayat dan kurang seimbang.

So gaji kali nie aku taknak rancang apa2..sebab setiap kali aku rancang..mesti tak jadi dan pastinya akan terpesong.Aku nak try kosongkan fikiran aku sambil shoping lainkali..tengok aku beli benda yg aku betul2 nak pakai atau tak..kah..kah..kah..

Sunday, July 25, 2010

malamku

Aaaa...keadaan yg tenang sambil angin malam yg sepoi2 bahasa sememangnya amat menenangkan hati dan jiwa aku.Kedengaran jiran sebelah rumah bertengkar kuat..siap ada bunyi pecah2 lg..tp itu semua biasa saja.Walaupun bunyi motokar lalu-lalang dgn bunyi dgn raungan motor2 para mat rempit tidak menganggu malam ku yg tenang nie.Ku hirup secawan kopi ais dan melihat one manga.Emm..komik otaku no musume-san nie amat menarik ceritanya.

Kemudian ketenangan aku mula tergangu akibat perbuatan 1 makhluk yg amat membencikan.Sungguh menyakitkan hati betul la dia nie.Itu belum lagi dia bawa rakan2 dia tumpang sekaki.Tak guna betul.Lalu dgn pantas(namun tak sepantas flash)aku menyambar shieldtox dan ku sembur sekuat hati tanpa ragu2 dan curiga.Yaah!!jeritan dalam hatiku memecahkan kesunyian fikiranku.

Fuh..lega sangat aku.Baru la aku terasa aku hebat.Dan mungkin agak kacak tadi.Tapi saat itu hanya bertahan sebentar sahaja.Aku kembali normal.Dan aku yg normal nie mula hanyut dalam fikiran aku sendiri.................

Monday, July 19, 2010

hmm..



Bosan..bosan.Bukan bosan dgn hidup tapi bosan dgn minda org lain.Bosan dgn penipuan dan sikap hipokrit org.Bosan asyik menjaga hati org bilamana hati sendiri terbiar.Kebosanan begini yg membuatkn jiwa menjadi kosong.Fikiran berkecamuk dan kacau.

Hidup tak bole sendiri..namun jika hanya kita yg bertolak ansur..maka lbh baik hidup sendiri.Aaa..nak tulis blog pun xde mood da.hmm...

Tuesday, July 13, 2010

penat

Aaa...badan masih terasa penat setelah 1 lg pengembaraan yg hebat ke sungai.Kali nie aku dan kawan2 ke ulu yam.Hehe..xde la hebat mana..but still ok.Keadaan di ulu yam tak sehebat templer.Kat ulu yam takde air terjun.

Dan dalam keriangan bermandi sungai tu..kami dpt melihat keindahan alam founa..di samping awek2 cun..haha.Selepas mandi..kami makan kat area gombak.Nasi ayam dia sedap.Nasi tambah aku oder..haha.

Dalam kepenatan yg tak hilang lagi..aku sebaik sahaja sampai ke rumah..telah di ajak keluar ke i-city utk melihat perlawanan akhir world cup.Aduh..penat tapi takpe..bole enjoy lagi..haha.

Kesudajannya aku balik kol 6.30 pagi dalam keadaan super penat..dah la tak cuti..kol 11 da kne bangun p kje.

aarrrgghhh~~~

Saturday, July 10, 2010

berjogging



perrggh!!Aku da lama tak melakukan akiviti yg sihat nie.Disebabkn hari nie aku cuti lg..so aku mengambil langkah yg xpena aku buat sepanjang aku menetap di kl nie.Berjogging.

Pemandangan agak indah sisaluti dengan cuaca yg redup2 best2.Bersemangat aku jog bersama kawan ku.Namun ku sangkakan panas berpanjangan..rupa2 setelah 2 round..aku pancit.haha.Cilaka.

Friday, July 9, 2010

sorang..




Dah dua hari aku berkerja sendirian.Rakan seangkatan aku cuti panjang.Hari terasa panjang dan bosan.Malah nak ke toilet pun susah.hee.Tapi aku da biasa.Dulu aku hidup pun sorang2.Takde kawan..pa lagi awek.sekarang aku ramai kawan..namun awek tetap takde.haha.

Aku berasal dari sebuah kampung yg amat indah.Dulu aku suka merayau2 didalam hutan sorg2.Tapi kekadang adik aku temankan aku..terutama bila nak ke sungai.Keindahan flora fauna mengamit pandangan aku.Tapi sayang aku time tu takde kamera.

Hidup di bandar nie lagi la selalu sorg.Jauh dari family dan saudara.Tapi nasib baik ada kawan2..takde la aku terasa seperti berada di sebuah perkampungan Russia.haa.

Malam nie aku sorg lagi.Member2 aku semua berjaming.Aku duduk rumah main game.hee~

Wednesday, July 7, 2010

1 tahap..

Satu malam tu aku lepak dengan 1 member aku nie.Dia kira member baik aku la.Dan seperti biasa,bila lepak dengan dia..pasti adanya topik2 yg menarik utk di sembangkn.Member aku nie bole tahan terer bab2 muzik dan fesyen.Belum campur dia terer main game.haha

Aku kalau lawan game tekken dgn dia..dia sapu aku.Sedang kami rancak berborak..dia tetiba berkata"dulu..aku mang layan banyak lagu..dari the who..beatles..the jam..joy divison..sampai la lagu nta pa2.Tapi skang da lain..aku da soul.Sampai 1 tahap nanti..kau mesti akan jumpe muzik yg betul2 in dgn kau.Mcm aku."

Aku agak bersetuju gak.Sampai satu tahap nanti..kita pasti akan stop bila kita da jumpe pa yg kita mahukn dlm hidup.Tak kira la minat muzik kita..atau pun cara hidup kita.Waktu muda..mang kita mudah terikut2 dgn perubahan semasa.Tapi kita akan letih juga nanti.Pastinya akan kita bosan juga mencari .

So..time muda nie la kita nak cari minat kita..n tujuan kita.Bila da sampai tahap 'tu' nanti..tak la kita cemas dan gelabah.Ada gak persedian..haha

Monday, July 5, 2010

Entah lah

Keindahan lampu jalan membuai akal fikiran aku.Sambil mendengar lagu Eric Clapton aku berfikir sendiri.Sejak kebelakangan nie aku asyik termenung dan asyik tergangu fikiran.Mngkin ada kaitan dengan model aksi star wars yang aku tak mampu nak beli tu.yela..harga dia RM789.Perggh..

Semenjak itu juga aku nak makan megi pun tak selera sgt.Malah susu HL kegemaran aku pun aku tak sentuh.Hanya ku pandang.Resah.Namun kegelisahan dan kebuntuan otakku masih mampu aku handle.Blup!ikan member aku membuat kecoh.Lapar kot.Aku bagi makan biskut tiger baru tau.hahaha.

Aarrggh!nyamuk pla banyak.Potong stim betul.Segera aku capai shieltox..kasi sembur kaw2.Fuh..lega.Banyak kacau betul.

Mata aku pla semakin berat.Semalam balik dan tido lewat.Sesekali lepak mamak borak2 dgn member cun gak.Fikiran aku melayang lagi.

~~~

Eh?...

Saturday, July 3, 2010

err..ada masa sikit..

Semenjak musim bola nie..aku agak jarang online.Letih berkerja bercampur dgn aktiviti tgk bola..membuatkn aku tak menepati masaku dgn betul.Namun aku tetap luangkn masa utk baca komik online.Harus!

Malam nie aku tak larat nak tgk bola kat mamak..so aku just tgk bola kat rumah.Nie pun sempat tulis blog time masa rehat,so ada masa sikit.Member aku pla baru pindah masuk rumah nie..so the more the happier.HAHA.

Sambil menghirup kopi ais..aku fokus..

Thursday, June 24, 2010

kampungku..



Keindahan Gunung Kinabalu dan kesegaran udara membuatkn aku rindu akan kampung halaman aku.Sudah agak lama aku tidak kembali ke sana.Kesibukan kerja di kota membuatkn aku lupa akan keindahannya.

Aku masih ingt dahulu ketika aku masih kecil..aku agak selalu ke ladang ternakan lembu tenusu berdekatan rumah aku..tujuan hanya 1..nak minum susu free..haha.Time tu mang bes..da dpt minum susu free..blik terus p mandi sungai.Kesejukan air sungai masih tak dpt aku lupakan.Memang seronok..layan.

Nampaknya aku mesti balik tahun nie.

Sunday, June 6, 2010


templer park

Hari nie aku berpeluang mengikuti 1 trip mandi sungai.Perjalan kami yg sepatutnya bermula pada jam 11 pagi terpaksa di tunda ke jam 1 petang akibat tuan punye kereta bangun lewat.Dengan perut yg lapar..perjalan kami pun di mulakn.

Akibat daripada tidak seorg pun dari kami yg pernah ke templer park..maka..di pendekkn cerita..kami ter babas hingga ke rawang dimana kami telah menemui seorg cina tua yg dgn tulusnya menunjukkn kami jalan yg benar."ikut jalan lama ke kl"kata uncle cina tu.Maka kami pun membuka mata dgn luas mencari papan tanda menunjukkn arah ke destinasi kami tu.Namun gagal...kami telah tersalah masuk lorong yg menyebabkn kami terjalan hingga ke ijok.

Setelah berfikir sejenak dan kembali semula ke rawang..dgn bantuan kwn menerusi telefon mudahalih,kami..akhirnya..berjaya menemui templer park..hahahaha.

sungguh seronok dapat mandi sungai.Di tambah pula dgn keindahan air terjun..perh..mang terbaik.Kami cari tempat yg paling atas utk mandi..kesegaran air sungai meghilangkn beban dan kekusutan akal fikiran kami.Memang seronok dan sejuk.Kami mandi sepuas hati sehingga perut kami terasa amat lapar baru lah kami bercadang nak balik.

Sewaktu balik..kepuasan tarpancar di muka setiap kawn2 aku walaupun perut lapa dan dahaga.

Kami menuju ke kl utk masing2 pulang ke rumah...***

Saturday, June 5, 2010

haha

Keadaan panas membangkitkan kesedaran aku utk bangun.Alam teramat cerah dengan sinaran mentari yg telah puncak.Aku melihat keluar jendela melihat suasana yg agak silau.'Da siang'ungkapan tulus keluar dari mulut ku.Sejenak aku berfikir..aku selalu miss keindahan alam di kala pagi.Tapi itu rutin harian.

Hari nie aku ada misi.Nak tolong kwn aku pindah rumah.Agak jauh...subang.Tapi pe bole buat..urusan kje.So aku kene la siap2 nak ready tolong dia..banyak barang dia nie.

Tuesday, June 1, 2010

angin

Pernah mendengar tentang perubahan?well..aku banyak kali.Malah pemimpin negara kita seringkali menjanjikn perubahan di setiap kempen2 mereka.Perubahan keadaan,masa,ekonomi malah sikap.Ya...ya..perubahan boleh mengubah kita.

Angin perubahan..bukanlah angin sepoi2 bahasa yg kita nikmati di kala minum teh sambil makan karipap di waktu petang.Dan bukan juga angin busuk yg keluar dari tubuh kita.Beralih kepada sesuatu yg bukan lazimnya kita lakukan..ya..itu dia.Mungkin dahulu anda suka makan mangga..namun kini hnya jus mangga(hm..nampak mcm tak berubah sgt).

Tetiba konsep perubahan nie terlintas di hati dan otak aku.Mengingatkan aku pada semangat yg aku bawa dari kg halaman dahulu..semangat untuk berubah dan mengubah nasib aku.Namun aku di ubah oleh kota yg sibuk ini.Aku tau bukan mudah utk berubah..tapi senang di ubah.

Mungkin semangat aku menjadi nipis kerana kurangnya sokongan ataupun hati aku mang degil utk berubah.Orang kata masa mengubah seseorang..ya..tapi adakah kepada sikap yg lebih baik?masa depan bukan sesuatu yg kita tahu..tapi yg kita tahu..salah pilihan akan menjahanamkn kita sendiri.Namun kita hanya berfikir tapi..kita..sering memilih utk berubah mengikut jalan yg kita tahu sememangnya tidak sesuai.

Jadi..angin perubahan mana yg menjadi pilihan anda..adakah semangat,impian atau kehidupan?hmm...

*****

Sunday, May 30, 2010

Pelancong



Seorang customer aku hari nie menarik minat aku.Dia nie handicap.And dia berasal dari Queenstown,New Zealand.Sambil dia memilih2 kasut..kami pun ada borak2 kecil.Dia kata dia jadi macam tu disebabkn kemalangan.Dia pada mulanya amatlah kecewa dgn keadaan diri dia.Namun lama2 dia rasa bangga dan hebat.haha.

Dia kata malaysia nie seronok.Namun dia kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita.Semalam dia naik monorail,agak sesak..kebetulan dia berada di bahagian tempat duduk oku dan org tua.Dia melihat..bukan org orang kurang upaya yg duduk di sana tapi sebaliknya budak2 remaja dan orang yg sihat fizikalnya,sedangkan org tua terpaksa berdiri.Dia kata,kejadian nie bukan hanya berlaku di malaysia tapi di seluruh dunia.

Sambil mencuba kasut(aku terpaksa menolong memakaikn kasut memandangkn kaki dia tidak boleh bergerak.)dia bercerita tentang kg halaman dia.Katanya..kg dia telah menjadi lokasi pengambaran utk filem2 bujet besar seperti LOTR,X-Man Origin:Wolverine dan beberapa filem lagi.

Sungguh seronok mendengar cerita.Mang setahu aku..New Zealand nie sememangnya sebuah negara yg cantik.Suatu hari nanti aku pasti akan ke sana.hehe

Setelah mencuba 3 pasang kasut,dia beredar tanpa membeli sepasang pun.Tapi tak mengapa,seronok dapat becerita dengan pelancong nie...hehehe

**************

Monday, May 24, 2010

Hari Dalam Kenangan

Keadaan malam yg panas membuatkan otak aku terasa cair dan melekit.Semenjak 2 hari nie aku asyik main social city.Permainan yg simple tapi tak tau kenapa aku asyik tergerak nak main..hahaha.Semalam member aku lepak rumah.Da agak lama aku tak lepak bersama mereka..yela..semuanya agak sibuk dengan hal sendiri.

Topik perbualan adalah show yg bakal dorg buat bulan depan.Member2 aku agak aktif berjamming.Agak lama juga kami berbual sebelum kami keluar ke pizza utk mkn malam.

Hari nie aku layan 1 movie-this is England-sebuah filem tentang skinhead.Agak menarik jika anda minat genre filem macam nie.Kemudian aku kembali bermain social city sambil mendengar lagu lone wolf by eels.Layan.

Kekosongan perut membuatkan aku sedar yg aku hanya insan biasa yg memerlukan makanan.AAAHH.Dengan tangkas aku mencapai sebungkus meggi..sebiji telur,sayur bayam dan sedikit daging.hmm..aku harus melakukan misi nie dengan tenang...***

Wednesday, May 19, 2010

bosan

keadaan selepas sale mang agak kelam dan kabur2 ayam.Aku memang terasa amat bosan bila terpaksa bekerja di dalam keadaan nie.Kelihatan dua org warga timur tengah masuk dan melihat2 kasut itali aku...hmmm..berlalu dengan cepat seolah2 sedang melihat pameran galeri seni.

Hari nie aku bertemu supervisor aku yg baru..agak poyo..tapi tak kenal maka tak endah.Tepat kol 12 member sekepala aku masuk.'Edipo' nie poyo dulu..aku da lama kenal dia..poyo sial.."jelas member aku.Hmm..betul la sangkaan buruk aku.Tapi seperti sikap biasa aku..tak kesah la...

rehat tu aku makan kfc(lagi).Biasanya aku akan makan dinner plate..tapi nta kenapa badan tak sedap jadi aku makan snack je.Ayam blackpaper mengantikan spicy.Boleh tahan..tapi spicy lg terbaik.

Petang hujan turun dengan riangnya.hmm..

Sunday, May 16, 2010

aaa...

erk!!..mata da berat...ingat nak sambung lagi main domo..aaa...tdo la..

damn!

Thursday, May 13, 2010

Hari

Hari cuti sememangnya agak membosankan..terutama bila ketiadaan wang.Seperti biasa..hari cuti juga simbol bangun lewat.haha.Syukurlah aku cuti 2 hari.Jadi boleh lah enjoy sikit 2 hari bangun lewat.

Dan seperti hari2 cuti aku yg sebelum nie..aku hanya duduk rumah layan komik..malas benar nak keluar di samping langit gelap menunjukkan hari nak hujan.Tepat jam 4..hujan pun turun dengan lebat.Fuh..seronok sungguh..yela..time hujan nie lah sedap nak tidur.So tanpa membuang masa..maka tidur lah aku.

Aku bangun dan aku lihat hari dah gelap.Perut terasa lapar yang amat dan badan terasa letih.Overdos tidur.Aku mandi dan selepas itu aku capai sebungkus meggi asam laksa.Fuh..nikmat walaupun hanya meggi.

Perut dah berisi dan minda pun da kembali normal.So its time to baca komik lagi.

Sunday, May 9, 2010

masa rehat



Aku duduk di sebuah kerusi panjang di sebelah kedai cupcake dengan member aku.Rehat nie aku juz beli starbucks green tea dan member aku beli mocha.Rehat kol 1 mng agak boring..ketika ini kedai makan mang penuh dengan pekerja2 pejabat.

Kami sempat singgah untuk membeli sebungkus keropok ROTA.Kami borak2 tentang satu page nie kat facebook..KAMI PELIK LELAKI TAK HENSEM DAPAT AWEK SUPERB.Kelakar page nie.So kami pun duduk kat kerusi panjang tu dan melihat2 persekitaran.Dan sememangnya betul.hahaha...

Sekumpulan gadis lalu di dpn kami.Agak boleh tahan dan menarik.Di depan kami pula dua orang awek tengah amik gambar dengan kamera nikon dorang.Hmmm..aku nak beli juga lah bila berduit..Nikon D300s.hehe..

Cepat sahaja masa sejam berlalu.Tengok2 da masa masuk keje..ala..

Friday, May 7, 2010

kasutku..


(yg tidak terdapat dalam gambar:reebok pump,Adidas Niza dan converse one star)

Antara pekara yg aku minat nak kumpul adalah kasut.Pelbagai jenis dan jenama.Aku pada mulanya amat meminati converse.Converse pertama aku,aku beli di bundle dgn harga RM10(ketika itu aku baru tingkatan 1)Sejak itu aku mula mengumpul kasut converse.

2007..Aku sampai ke Kuala Lumpur dgn berbekal kan duit rm200 dan sepasang converse kaler krim koyak2.Setelah bekerja selama 6 bulan..aku mula terdedah dgn pelbagai jenama kasut lain yg bagi aku..boleh la.Namun minat aku masih pada converse.Dalam tahun itu aku telah memiliki 2 converse all star(chuck taylor),1 hitam dan 1 highcut putih.

2008..Aku mula bekerja di sebuah shopping mall yg baru di buka sebagai promoter.Kebetulan aku dalam bahagian kasut.Dalam tahun nie..aku beli kasut nike,macbeth kaler hijau dan Adidas campus.Aku juga telah membeli kasut converse all star kaler krim lagi.

2009..aku beli pulak kasut yg di jual di kedai tempat aku bekerja..PRIEMATA..buatan itali.Di penghujung 2009 aku sempat membeli kasut converse one star dan vans ciplak(yg aku pakai untuk kerja) dan reebok ERS kaler merah(tak terdapat dlm gambar).

2010..aku mulakan dgn kasut Adidas Niza kaler hijau.Selang sebulan pula aku beli Reebok pump kaler purple.

**dalam tahun nie juga aku merancang utk membeli kasut Vans Half Cab dan Adidas star wars**

Thursday, May 6, 2010

buntu...

Dengan berbekalkan milo panas dan biskut tiger..minda aku liar memikirkan apa topik yg menarik nak tulis.Dengan iringan lagu girl and boys dari BLUR..sambil memerhatikan gelagat ikan member aku.

Masa berlalu tanpa curahan idea bernas.Hari sudah semakain terik di mana kipas aku telah mencecah had kelajuan maksimum.Lagu berganti lagu..namun masih juga aku dalam pencarian.Aku imbau kembali kejadian semalam di mana aku kuar dgn member aku-one-.Kami asyik borak mengenai DOMO.Asalnya nak lihat movie..namun yg berlaku sebaliknya..lepak di kedai makan sambil borak2.

Hari nie aku cuti lg dan tengah duduk di atas kerusi jerami aku sambil merenung pc aku mencari idea.FOKUS.kata hati aku separuh menjerit.Nak tulis apa nie.Jari jemari aku liigat bergerak2.

Tanpa aku sedar aku telah menaip semua nie.AAA.Boleh la..hehehe

Sunday, May 2, 2010

Pagi...



Panasnya mentari dikala pagi.Aku yg masih mengantuk terpaksa bangun pagi..keje noon.Aku bangun lalu duduk di atas kerusi kegemaran aku sambil buka pc.Kelihatan ikan member aku lapar,so aku bagi dia makan biskut tiger.Malasnya nak keje.

Menerusi tingkap bilik aku, aku boleh lihat 1 group burung gagak tengah borak2 pagi.Kereta pun takde yg mahal2..cuma teksi yg banyak.Aku buka lagu Billy Talent sambil termenung nak tulis pe dalam blog aku.

Semalam member aku ajak tgk iron man 2 tapi semua tmpt full.Cis..nie yg buat aku nak download je.Aku dah lah malas nak kuar rumah bila da penat.

Perut aku pla dah minta di isi nie.Aku bajet time kuar pergi keje nanti aku nak beli roti kat lavender.Beli secawan kopi kat coffee bean.Aku kene ready dari segi mental dan fizikal bab hari nie hari ahad.

Aku pun dah penat membebel pagi2 nie..baik aku p mandi and bersiap nak mencari rezeki.hehe....

Friday, April 30, 2010

Rivers Coumo


Rivers coumo.Italian mix german/english.

Vokalis band weezer nie sememang nya antara idol aku.Sebelum dia bersama weezer,dia da main gitar untuk sebuah band metal..Avant Garde.Bayangkan mat metal jadi rocker.Tapi dia mang cool.

Aku mang layan dengan lagu2 weezer.Rivers nie lulusan harvard dan mendapat phi beta kappa(the most outstanding student of art and sciences at america's leading colleges and universities).Fuh..mang cool.

hehe..

Thursday, April 29, 2010

Tapi mantap..

Ikan goreng bersama sayur kacang.Aku isi perut ku dikala rehat bersama rakanku.Duduk depan TV.oWH..ada movie..Killshot.Rehat di wisma C nie mang layan sikit walaupun harga nasi dia agak mahal.

Aku pandang sekeliling...depan ada 2 awek cun,sebelah kanan kosong..belakang tak nampak and sebelah kiri aku ada apek tgk paper.

Sambil makan aku borak-borak kecil dengan member aku.'pelakon jejambu nie tak sesuai bawa watak n cerita heavy'.Betuk gak cakap member aku nie.Yela..Al-pacino..tak la hensem mana..tapi lakonan dia tetap mantap.Morgan freeman,wajah pun tak seberapa nak hensem..tapi lakonan dia sememangnya menyentuh jiwa.Tapi tu lah...lakonan mantap.

Sedang borak..terlihat pla sorang gurlz..cun..superb..hehe..terhenti seketika lalu aku termenung..asyik nya umpama baru isap marijuana walaupun aku tak pena isap.

Hmm..balik nie aku nak beli coklat caremal..hehe..

Monday, April 26, 2010

Aku Balik...

Agak lewat aku balik dari tempat kerja.Penat bercampur-baur dgn riang.Aku pasang headphone aku.COOL.

Aku pasang lagu Aqua timez.Lalu depan gerai nasi berlauk kak tia aku singgah bungkus nasi lauk ikan masak sambal dgn telur goreng and sayur kacang.RM4..murah dude.Aku teruskan perjalanan balik dgn riang.Dengan headphone di telinga..sudah pasti bunyi asing sudah tidak aku dengari lagi.Aku melihat gelagat manusia tapi mendengar lagu dari mp4 sony ku.Ibarat melihat video klip..

haha...seronok..

Sunday, April 25, 2010

laYaN..

hmmmmmrrr..."
Bosan.Aku buka pc aku.Dengan tahap kebosanan di jiwa aku mula dengar beberapa lagu jepun.LAYAN.

Aku capai setin air soya..teguk..fuh..segar.LAYAN.

Aku mulai semangat.aku buka one manga..baca komik online best gak nie.Ada update baru dari one piece and naruto.LAYAN.

Dunia..aku da buzy....

Thursday, April 22, 2010

SERONOK..



"penat namun seronok"..
Walaupun kadang2 badan terasa penat namun masih boleh gelak dan bergembira.Ya.Itu gaya aku.Aku gemar untuk berjalan2.Tak kira jauh mahupun dekat.haha.

Aku teringat beberapa bulan lepas aku dengan kawan2 aku nie...we all jalan2..naik van..seronok..pun ke tepi pantai..seronok.Aku da lama menetap di kl nie..namun baru hari tu ke tepi pantai.Kacak.

Dalam keriangan kami..tetiba mata aku melihat sesuatu yg amat menarik.Pasar bundle.Sebagai peminat barangan bundle..aku pun mencadangkan agar kami berhenti.Seronok.

Kami pun masuk la kedalam..mana tau dapat barang2 bes.Setelah hampir sejam round2..xde 1 benda menarik pun dalam pasar bundle nie.Lagi baik cow kit.Boleh juga aku dapat seluat tsubi dan evisu.

Seterusnya..dengan perasaan hampa berbaur kecewa..kami pun g makan.Sedap juga la..
after that..sesi amik pic.Seronok.

Tapi itu la...laupun hari tu penat...tapi seronok...SERONOK...betul..hehe

Tuesday, April 20, 2010

malam nie..

Panas..aku melihat keluar tingkap bilik aku..jalan raya di bawah kosong.Terlihat dua kelibat manusia warga myammar sedang berjalan2.

Tak lama kemudian aku melihat sebuah kereta mewah-agak aku AUDI(TT)-masuk kesebuah lorong belakang rumah aku.Setahu aku..tempat tu menjadi sarang kegiatan yg kurang memberangsangkan.Hmm...orang kaya cari teman.

selang beberapa waktu..aku melihat kereta peronda pula muncul..menahan sebuah kenderaan mewah juga-subaru-.Tak tahu la apa kesalahan pemandu itu..

Masa berlalu..aku mencapai air teh yg aku bancuh lewat petang tadi.Hmm...masih elok..badan masih terasa penat akibat bekerja tadi.Dengan perangai pelanggan yg macam2.
Aku teruskan melihat ke arah jalan raya.Seolah-olah aku sedang melihat sebuah rancangan di tv.

Aku melihat aunty cina membawa anjingnya berjalan..owh..tanpa aku sedar da 11.30 malam.Memang setiap malam aunty itu akan membawa anjing2 nya berjalan.Agak berani juga aunty tu..yela..kawasan perumahan aku nie bukan lah 1 kawasan yg selamat.Aku agak aunty tu pandai kung fu atau judo..hehe

Member aku pla da resah kerana takut tertidur.Dia nak tengok bola.Inter milan lwn Barcelona.Aku tgk paper..pasukan barcelona terpaksa naik bas untuk ke milan.Fuh..jauh..

Hmm...suasana malam nie..agak sunyi.Namun aku berharap ada sesuatu yg menarik untuk aku lihat malam nie..aahh..malas la nak termenung lg..baik aku tido..nak tgk bola gak..nak suh member aku kejutkn aku..hehe

*semalam pun aku buat benda yg sama tp smlm tak tgk bola..terus tido je*

Friday, April 16, 2010

.............

"Laa..bertambah lg usia aku..hmmmm..."sambil aku mendengar lagu jamrud-selamat ulang tahun.Dalam tempoh yg aku hidup nie..da banyak band yg aku dgr..da byk movie yg aku tgk..da byk kwn yg aku dpt..hehe..

"besnye dpt makan kek.."senyum ku sendiri..

###############

Tuesday, April 13, 2010

isnin..

Aku merasa bosan berkerja pada hari isnin.Isnin nie hari yg amat di benci oleh Garfield.Seperti biasa,aku masuk dgn perasaan yakin dan rendah diri..mengharapkan masa akn berlalu dgn pantas.

Masa berlalu perlahan....

Sedikit petang,aku di datangi oleh dua org customer(yg pasti mereka bukan local).Punya lah hebat dia memilih kasut(sekali try nak 8 pasang).cis..Dah lah tak tau saiz sendiri..meyebabkan aku mengambil sekali lg kasut yg sama.Dah lah biadap dan kasar berkata2.Nak aja aku keluarkan pistol lalu aku tembak di celah mata dia(sambil aku berangan yg konon nya aku nie seorang DON mafia).Namun aku masih ada sikap sabar dalanm diri aku.

Masa rehat tiba dan seperti hari2 yg biasa juga..aku menuju ketmpt biasa aku santap.Perut aku da menjerit2 seperti mangsa2 kebuluran di benua Afrika.Saat ku tiba..aku menyambar piring lalu menculik 8 biji cekodok dan roti sosej.Aku tambahkan seri makanan aku dengan teh ais-pergh..cukup layan-namun langsung takde gaya DON mafia.Perut dah kenyang dan masa pun dah tamat..aku bergerak kembali ke tempt kerja..

**aku kalu ada tommy gun-klasik-**

Friday, April 9, 2010

alahai..



Hebat.Hebat.Kasut nie mang kasut yang aku idam2 kan sejak taun lepas.Da lah reebok nie kasut keminatan aku..plus pla tema voltron..pergh..mang cun.Kelima2 kasut melambangkn 5 buah mecha yg membentuk voltron.

Court Victory (Black Lion) Pump Omni Lite (Yellow Lion) Ventilator ( Blue Lion) ERS Racer (Green Lion) and the Insta Pump Fury ( Red Lion.)adalah modelnya.Kesemuanya lawa and kacak.Namun setakat nie..lum ada lg d jual d malaysia(yg setahu aku la..kalu ada yg tau..info la aku).

Walaupun kini aku da memiliki dua kasut reebok(reebok pump kaler unggu and reebok ers kaler merah)namun x salah jika aku boleh mendapatkan lg 5 reebok..hahaha
############

Thursday, April 8, 2010

Rebate 10%..



"Bang,suda ada kad kredit ka?"tanya seorang mamat cina nie kepadaku.Aku hanya gelengkan kepala aku."Kad nie kan nanti ada banyak faedahnya pon,kalu U tgh lapar ah..boleh mkn ayam kfc..boleh dpt rebate oo..10% itu ayam kfc dapat."Aku tersenyum melihat dia bersungguh menerangkan."Lagi ah,kalu U minum itu starbuck,pon U bole enjoy nya 10% oo..mau ka bang?

"Dapat rebate beli BMW ke?.."balasku sambil tersenyum."haiyo..mana ada macan itu oo abang,kalu ada saya pon mau nye la.."katanya sambil memandang tepat kearah member aku.Belum sempat aku membalas,member aku da menyampuk"bro..member gua nie da ada 3 kredit kad..lg mau tmbh ah?..

Kami pun beredar dari bank...

###############

Adakah kita faham..

Hari nie aku akhirnya berpeluang melihat 'how train your dragon'.Agak menarik memandangkan hero cerita nie bukan la memiliki ciri2 'viking'.Cerita sejam lebih nie sebenarnya lebih dari sebuah tayangan kartun.

Moraliti yg terdapat dalam cerita ini amat baik punye.Mereka bunuh naga2 2..sebab salah faham.Dorang tidak memahami naga tersebut.Hanya hero sahaja yg fhm.hehe.Tapi sebenarnya..kita semua pon sama.Kita sering tersalah anggap tanpa ingin memahami.

**bes juga kalu aku dapat pelihara naga**

Sunday, April 4, 2010

ku di PENA..

Hari ini aku sempat meghadiri satu majlis..di rumah pena.Nie pertama kali aku ke sana.Segan dan silu aku..yela..da semua yg datang pastinya ahli2 blogger yg giat aktif.So..perasaan segan bercampur baur dengan ingin tahu.
Namun aku gagahkan juga.Menarik..mang sungguh blogger.Memandangkan ini pertama kali..so aku tak berani nak masuk dalam..sekadar menjadi jejaka tingkap.Program yg di atur juga menarik..puisi..sajak..malah ada muzik..hebat.
Di akhir program..aku mendapat 1 pengalaman bru..hehe..nak teruskan aktif..(jika mampu)..n lain kali..aku pasti akan makan..ahaha..

Friday, April 2, 2010

KAWAN.Kita semua ada kawan.Siapa lah kita tanpa kawan.Boleh dikatakan siapa lah Hans solo tanpa chewie..siapalah 3cpo tanpa R2D2..HAHA..
contoh semua starwars..

Thursday, April 1, 2010

waahh..besar..

Malam nie aku pindah rumah baru.Seronok.Ada kawan baru..da 3 orang da duduk serumah.
Walaupun agak penat..tapi..rasa bebas sket nak tengok tingkap..
Seronok.

Thursday, March 25, 2010


Hari nie aku hampir2 lewat ke tempat kerja.Time nak bangun tu..punyalah payah umpama sebuah bakul besar berisi 300 biji burger berada diatas dada aku.payah.Namun aku gagahkan juga bak hero hindustan yg da kene tembak dan di pukul oleh 20 orang penjahat namun tetap nak selamatkan awek dia.

sesampai aku ke tempat kerja..di awal pagi tu terasa amat bosan..dengan langsung takde pelanggan..dengan mata bengkak aku..mang gabungan terbaik untuk aku curi2 tdo dalam stor.So aku pun tdo lah dengan merdu di dalam stor selama sejam.

Kol 12 aku bangun n menuju ke tempat pemakanan staff..ku beli nasi berlaukkan ayam goreng lalu santap la aku..ketika itu..mataku masih mengantuk dan fikiran buntu.

selepas makan,aku buat-buat kerje dalam stor sambil baca komik anak pelanggan yg tertinggal semalam.Dalam kol 2pm aku rehat bersama kawan seperjuangan.Selepas kembali..aku menyambung kelakuan tidur ku selama sejam sebelum kembali ke kuanter untuk menjalankan pekerjaan yang tulus.

*akhirnya aku duk floor kacau org sampai aku balik*

Monday, March 22, 2010

Berapa lama kamu kenal diri kamu?.Bagi aku..aku da agak lama hidup..namun masih awal untuk aku katakan aku siapa.Bila kita kata kita kenal diri kita..tapi adakah betul kita kenal?atau hanya penyedap diri untuk kita mengelak akan kekecewaan?

Banyak buku mengajar kita cara untuk mengenali diri..kenapa?perlukan kita akan petunjuk untuk mengenali diri kita sendiri..ataupun kita begitu naif..hinggakan untuk mengenal diri kita..kita perlukan bimbingan dan petunjuk.Rasa rendah diri membolehkan kita mengenali siapakah kita.Jika aku kenal diri aku..aku boleh katakan aku siapa sahaja.Aku boleh jadi siapa sahaja.

Jika kita kenali diri kita..kita akan cintakan diri kita..dari situ..keyakinan akan timbul..minda akan tangkas berfikir.Kelakuan akan lebih teratur.Ini semua jika kita kenal siapakah kita.Jika kita tahu akan kehebatan kita sendiri.

Saturday, March 20, 2010

impian..

IMPIAN.Aku punya impian.Semua orang punya impian.Ada yg hendakkan rumah,ada yg hendakkan isteri yg cantik(hampir semua lelaki ada impian ini)ada jga yg punya impian kecil.
Aku jga punya impian..impian seperti mana manusia normal.Aku impikan hanya utk memiliki sebuah rumah ala2 jepun,kereta fiat600 takpun kereta buatan malaysia-viva-
Tapi itu hanya impian yg normal.Aku punya impian yg lain jga.Aku jga impikan aku ini bukan lah manusia normal.YA.Impian seperti mempunyai kuasa hebat seperti superman.HAHA.Atau jga mempunyai sebuah kapal selam(mang impian aku dr kecil,ketika itu aku amat berminat dgn cerita twenty thousand leagues under the sea)amat la seronok utk memiliki sebuah kapal selam.
Penjelajahan di dasar lautan mang sesuatu pengalaman yg pasti mendebarkn dan aku akn sentiasa rasa teruja.
YA.Jika di berikan peluang utk merealisasikan impian..aku pilih utk mempunyai sebuah kapal selam.Pastinya aku akan gunakan kapal selam aku utk mencari kota atlantis..kota yg digambarkan oleh plato.Malah menjelajah kedasar lautan itu sahaja boleh membuatkan aku teruja.Bayangkan dapat melihat hidupan laut.Obor2..ikan paus..malah kuda laut.HAHA.
Tapi taknak lah bertembung dgn kraken..atau mana2 sea monster.Pasti tak seronok.
Apapun..itu semua impian.Buat masa nie..aku stay dgn impian normal aku.
Lebih selamat dan aku mampu..hanya waktu menentukan.

Monday, March 15, 2010

fuh..

seronok...
cis,aku kene kje full hari nie..Kenapa?aku punya rakan perkerjaan mc.
Dalam pekerjaan aku hari nie..macam2 pekara yg berlaku.Setelah mendapat khabar bahawa rakan aku mc,maka secara rasminya aku full.Tapi aku bukan nak cerita bende full nie.hehe.Semasa aku pergi rehat tadi..aku pergi makan di cosway.Aku dengan member aku..T n F.
Perut terasa amat lapar sekali..so aku plan nak makan nasi dengan riang.Sewaktu mengambil nasi..member aku..T..menasihatkan aku agar berhati2 mengambil makanan kerana nasi campur kat situ amat mahal.So aku pun ambil nasi dan lauk ikan sahaja.Dengan yakin,aku ke meja pembayaran.RM7.90.Hah?.tapi ikan je nie??itu pun ekor je..
cis..Da beragak pun masih mahal..ikan tangkap kat afrika kot.IMPORT.hehe.Tapi nasib bek la sedap..so terisi gak perut aku..hehe..tapi mahal makanan kat cosway nie pun bab nasi campur je..makanan lain murah..dan yg penting sedap..haha

Friday, March 12, 2010

Huuu...
Perut terasa lapar..namun yg ada hanya sardin tuna dan megie'mi sedap perisa sup bawang'.
teringat aku dikala aku masih beresekolah dahulu..
megie..megie..sedap..kawaaaii(dalam ertikata makanan).Hari nie agak bosan..aku layan anime k-on..waah..bagus anime nie..namun kelaparan perut masih lg menghantui aku.Aku gagahkn diri..untk memanas air(bagusnya kalau ada mesin yg mampu masakkn anda megie)uhuaa..
air da panas..
masukkn megie..huu..~~
daa..tadaa..megie siap..yummm..eh..campurkan semua tuna nie dlm megie..uuu..
sedap..cube la kat uma..
haha

Monday, March 8, 2010

Gibson.Hebat.Aku kacak jika aku pakai gibson.Tapi apa kan daya..permainan gitar nie bukan bidang aku.Tapi bab conteng kotak kasut kat tempat kerja aku..mang aku reti.
Jika dulu aku tak menyertai bidang retail nie..mungkin aku da menjadi seorang penyayi dan pelakon.Nasib baik aku kerja retail.Gibson.Dulu aku hanya tau gitar yg kayu tu.Gitar Tong.
Gibson nie..gitar yg mahal..bayangkan berapa banyak pasang kasut converse dan baju voltron aku boleh beli dengan harga sebuah gibson.Boleh buka bundle.Bundle am jual baju voltron.
Aku suka tengok orang main gitar..sama seperti aku suka tengok iklan makanan kat tv3.
Tapi itulah..permainan gitar nie bukan bidang aku.

Friday, March 5, 2010

kalau ada baru..

Hari ini hari yg amat memenatkan serta amat membuntukan otak di tempat kerjaku.Hari ini hari pertama sale.Close sale for member.
Aku seperti biasa berada di tempat aku..menjual kasut2 import dengan harga yg berpatutan.Dengan perasaan yg penuh jitu dan bersemangat aku menjual kasut dengan tekun.Masa berlalu dengan amat perlahan dan aku mula merasakan tulang kaki aku seperti nak retak akibat kebanjiran pelanggan yg mencuba kasut import aku.Menjelang pukul 4 petang..aku da terasa seperti seorang pelari jarak jauh yg telah berlari sejauh 25 batu tanpa henti.
Selepas rehat...bilangan pelanggan bertambah ramai..angka kasut yg telah dijual..65 pasang kasut.Menjelang malam..kebanyakkan pelanggan hanya mencuba kasut..tetapi dalam kuantiti yg banyak.Didalam kesibukan melayan pelanggan..terdapat seorang pelanggan nie..datang kearah aku lalu berkata;
MR.?:aa..hei boy..ini kasut ada sale ka?
err..dia tak nampak ke diskaun tag aku yg besar tu..
AM:ada bang..30+20%..
MR.?:kasi saya try..saiz 7..baru punya..kalau ada baru saya boleh try..
AM:nie takde yg baru..display sahaja..boleh try nie dahulu..
MR.?:hah?takda baru ah?pa macam mau try..ini org sudah try..
da nama pun kasut display..mang la untuk org try..bodoh..tapi dia tetap try juga atas desakan hati dan ketulusan jiwa aku.
MR.?:oohh..tak ngam..bagi saiz 8.
Lalu dengan pantas aku mengambil saiz 8.Setelah menyarung kekakinya..dia berdiri..
MR.?:banyak bagus..selesa..memang kasut buatan itali..good..betul2 sedap..berapa harga kasut ini lepas diskaun?
AM:lepas tolak..RM503.44.
MR.?:hah?..kenapa mahal?bukan harga dia RM99??
AM:bukan bang..RM899.
Selepas mendengar harga kasut..mr.? pun mengerutkan dahi lalu berkata..
MR.?:kenapa macam tak setabil sahaja..rasa macam sempit..kalu saiz 7 lg sempit..saiz 9 besar..mungkin ini kasut tajam..kaki saya lebar..tak ngam..tak sedap pakai..saya tak mau..nanti sakit kaki..
eleh..membebel pla pelanggan nie..tadi kata selesa...bagus..nta la..dia pun beredar sambil membebel nta apa.Macam2 perangai..Aku mengharungi malam dengan kepenatan tahap mendaki gunung kinabalu sambil mengangkat beg seberat 20 kg.
Diakhirnya..aku berjaya menjual 86 pasang kasut..dan berjaya berhadapan dengan pelanggan yg amat pelik2 dan memeranjatkan..

Sunday, February 28, 2010


Geng bikers?no..nie la budak2 scooter english.MOD.Aku ada seorang kawan..dia nie true mod..dia la yang memperkenalkan aku dengan subculture nie.Namun sekarang dia kurang aktif.
MOD nie berasal dari perkataan 'modernist'..berasal dari london,england.Aku tertarik dengan budaya ini..pada awalnya bukan kerana gaya peragaan mereka..tapi muzik mod.MODS REVIVAL-genre muzik budak2 mods.
Aku boleh bayangkan sekumpulan budak2 moods dengan vespa mereka yang sarat dengan lampu.Dengan berbekalkan baju ben sherman.suar sta-prest kasut clarks-atau kasut loafers-ditutupi dengan parka.Fuh.Kacak.
clean-cut,gelaran yang sesuai untuk budak2 mods.Baru la bergaya walaupun hanya ada scooter.Tak perlu ada BMW untuk kelihatan kacak.hehe.Malah awek2 mods..mempunyai gaya potongan rambut yang menarik.cun.Kawaii.
bagi sesiapa yang belum tau..rajin2 la wiki.Tak pun..tengok la Quadrophenia..movie yang menarik hati.Pasti akan tertambah ilmu di otak.

Saturday, February 27, 2010

sentimental value.

Hari ini aku masuk kerja kol 5 ptg..masa panjang lagi..bangun menghadap pc...aku membuka lagu the beatles.Mang layan.Alunan muzik dan lirik yang mantop.Aku mang meminati the beatles.Lagu2 mereka mang sure layan.
Semalam,aku ke speedy.Aku ingin melihat boxset the beatles.Orang kata..zaman sekarang semua boleh download..mang la boleh..tapi bagi yang betul2 minat..pembelian lebih bererti.Bak kata sorang member aku nie(dia nia true metal)..beli dvd jika betul2 minat..baru ada sentimental value.Betul juga katanya.Aku pon melangkah masuk speedy..mencari lah aku boxset itu.
Nah kau!rm799...agak mahal bagi pekerja yang mempunyai gaji rendah seperti aku.Namun aku masih ingin membelinya..13 album..all in 1.
Nampaknya aku harusla berjimat cermat dan mengumpul duit.Kena beli tabung bentuk ayam kaler merah dan kuning kat kedai runcit bangla bawah rumah.Baru true.hehe.
ok la..Aku ingin layan movie baru siap download..blade runner-haha..movie aku download-

Thursday, February 25, 2010

once yoda have say..

"fear is the path of the darkside...fear lead to anger..anger is to hate..hate lead to suffering"

Saturday, February 20, 2010

ninja..


Naruto.Pastinya anda pernah melihat anime ini.Kisah mengenai dunia ninja..penuh aksi dan cabaran.
Aku sering terbayang aku mempunyai ilmu ninja atau..ninjutsu..
pasti hebat.haha.Dapat mengunakan kunai..dan katana(pedang jepun),sungguh hebat.Aku juga dapat menjelma dan menghilangkan diri..teknik kagebunsin iaitu penjelmaan bayang pasti akan memudahkan kerja harian aku.Malah aku boleh ke tempat kerja hanya dengan berlari dan melompat dengan teknik2 ninja aku.
waa..hidupku pasti tidak akan seperti yang biasa..haha..

Wednesday, February 17, 2010

kesukaan ku dahulu..

aku ke kedai komik untuk membeli beberepa komik kesukaan ku.Sudah tentu sun comic tempat pilihan aku.Ketika aku berada di dalam,kedai itu tengah menayangkan cerita suria baja hitam.Ini watak kamen rider yg aku minat dahulu.Malah aku mempunyai koleksi dirumah.
ketika itu lah aku teringat akan cerita animasi yg pernah dan masih aku minat dari dulu hingga kini.Dahulu rumah aku hanya mempunyai saluran tv1 ndan tv2,jadi pilihan tak lah seperti hari ini.Sabtu dan ahad menjadi hari yg sentiasa ku nantikan.Antara anime yg aku ikuti,voltron..simba the white lion..dino rider..thunder cat..transfomer..speed racer..patlabor..scooby doo..dan banyak lagi animasi ketika itu.
Cerita animasi ini lah yg menemani zaman kanak-kanak aku.Malah ia telah aku jadikan hobi dan aku sentiasa berminat dengan anime.

Thursday, February 11, 2010

grouping..

Hari ini seperti biasa,seperti mana hari-hari aku masuk kerja pagi..aku terpaksa untuk menghadiri perhimpunan pagi.Aku sebenarnya tidak lah berminat sangat dengan ceramah pagi oleh para pihak atasan ku.
bla..bla..bla...
Namun dipenghujung bicara pagi ini,tiba-tiba pihak atasan ku membicarakn tentang 'grouping' oleh beberapa pekerja kasut.Sebagai 'budak kasut',aku terasa di perkatakan olehnya.Tetapi aku menerima kritikan tulus itu.Perhimpunan atau lebih kita kenali..lepak-lepak.Sudah menjadi kebiasaan bagi pekerja untuk mengisi masa lapang dengan berborak-borak di antara rakan sekerja,tak kira ketika di ruangan berkerja atau di tempat pemakanan.
Namun grouping bukanlah sesuatu yang sentiasa negatif.Jika kita imbau kembali buku-buku sejarah sekolah menengah kita dulu,grouping ini merupakan satu aktiviti pencetus minda.Pada zaman greek purba dahulu,tokoh-tokoh bijak pandai sering berkumpul untuk berbincang.Tokoh seperti socrates,plato,aristotle, dan ramai lagi sering berkumpul.
Jadinya,grouping ini bukan lah sentiasa negatif...tapi bergantung pada topik perbualannya.

mola..

Tuesday, January 26, 2010

Atlantis.Aku amat berminat bila membaca topik mengenai atlantis.Kota purba yg dikatakn wujud 9600 tahun sebelum masihi lg.Kota Atlantis ini mula di sebut dlm salah 1 penulisan plato iaitu Dialogues Timaeus and Critias.
Dalam penulisan itu,plato mengambarkn Atlantis sebagai sebuah kota pelabuhan yang pesat membangun dan amat terkenal.Cerita Atlantis telah menarik minat ramai individu utk mengkaji dan mencari kota yg hilang ini.Malah aku sendiri amat berminat.bayangkn sebuah kota yg dikatakn amat maju pada 9600 tahun sebelum masihi.Cuba anda semua berfikir..sebelum masihi mungkinkah sudah wujud sebuah tamadun yg seperti kita pada hari ini?
Jika manusia mampu utk membina teknologi hanya dalam tempoh 2000 tahun..bayangkn apa yg manusia boleh lakukn dalam masa 9600 tahun.Mungkinkah dahulu sudah terdapat tamadun yg mempunyai teknologi canggih.Jika kita lihat..terdpt byk bukti yg boleh kita fikirkan.Penemuan artifak2 di kota mayan yg menyerupai sebuah model kapal terbang,model kapal terbang juga di jumpai di dalam piramid.Malah terdapat lakaran kapal terbang,kereta dan kapal selam dilakar di dinding2 piramid dan kota2 mayan.
Ini membuat kita berfikir,alam ini sememangnya masih misteri bagi kita.Topik2 mengenai peningalan purba walaupun tidak mempunyai bukti yg kukuh seperti kota Atlantis,namun sudah cukup untk membuat kita berfikir..dunia masih lagi asing bagi kita.

Friday, January 15, 2010

anime

aku amat meminati anime.Anime da mnjadi 1 tren di malaysia.Banyak tajuk anime yg berada di pasaran antaranya..dmc(detroit metal city).
anime nie mengisahkn Soichi Negishi,seorg ank muda yg meminati muzik.Dia ingn memainkn irama Swedish pop.
Namun hajat tidak kesampaian bila dia yg sepatutnya menubuhkn band swedish menjadi ketua kepada band metal DMC.
kisa DMC nie sebenarnya banyak belaku dalam hidup kita.Kita mempunyai impian namun tidak kesemuanya akan tercapai.Anime2 itu sendiri masing2 mempunyai nilai2 moral dan teladan.aku masih ingat akan sorang member aku nie,dia amat taksub dgn anime,manga,figura dan sgala yang ada kaitan dengan anime.Saban hari dia akan berada dalam bilik dia dan hanya keluar untuk ke sekolah dan membeli anime dan figura.
Sikap seperti ini kita gelar otaku(orang yang obses dengan sesuatu).Da semakin banyak otaku di malaysia..
mola~

Sunday, January 10, 2010

mola-mola

mola-mola nie sejenis ikan yg unik.ikan yg tenang,riang n pemalu tp bersikap ingn tau..
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner