Friday, March 5, 2010

kalau ada baru..

Hari ini hari yg amat memenatkan serta amat membuntukan otak di tempat kerjaku.Hari ini hari pertama sale.Close sale for member.
Aku seperti biasa berada di tempat aku..menjual kasut2 import dengan harga yg berpatutan.Dengan perasaan yg penuh jitu dan bersemangat aku menjual kasut dengan tekun.Masa berlalu dengan amat perlahan dan aku mula merasakan tulang kaki aku seperti nak retak akibat kebanjiran pelanggan yg mencuba kasut import aku.Menjelang pukul 4 petang..aku da terasa seperti seorang pelari jarak jauh yg telah berlari sejauh 25 batu tanpa henti.
Selepas rehat...bilangan pelanggan bertambah ramai..angka kasut yg telah dijual..65 pasang kasut.Menjelang malam..kebanyakkan pelanggan hanya mencuba kasut..tetapi dalam kuantiti yg banyak.Didalam kesibukan melayan pelanggan..terdapat seorang pelanggan nie..datang kearah aku lalu berkata;
MR.?:aa..hei boy..ini kasut ada sale ka?
err..dia tak nampak ke diskaun tag aku yg besar tu..
AM:ada bang..30+20%..
MR.?:kasi saya try..saiz 7..baru punya..kalau ada baru saya boleh try..
AM:nie takde yg baru..display sahaja..boleh try nie dahulu..
MR.?:hah?takda baru ah?pa macam mau try..ini org sudah try..
da nama pun kasut display..mang la untuk org try..bodoh..tapi dia tetap try juga atas desakan hati dan ketulusan jiwa aku.
MR.?:oohh..tak ngam..bagi saiz 8.
Lalu dengan pantas aku mengambil saiz 8.Setelah menyarung kekakinya..dia berdiri..
MR.?:banyak bagus..selesa..memang kasut buatan itali..good..betul2 sedap..berapa harga kasut ini lepas diskaun?
AM:lepas tolak..RM503.44.
MR.?:hah?..kenapa mahal?bukan harga dia RM99??
AM:bukan bang..RM899.
Selepas mendengar harga kasut..mr.? pun mengerutkan dahi lalu berkata..
MR.?:kenapa macam tak setabil sahaja..rasa macam sempit..kalu saiz 7 lg sempit..saiz 9 besar..mungkin ini kasut tajam..kaki saya lebar..tak ngam..tak sedap pakai..saya tak mau..nanti sakit kaki..
eleh..membebel pla pelanggan nie..tadi kata selesa...bagus..nta la..dia pun beredar sambil membebel nta apa.Macam2 perangai..Aku mengharungi malam dengan kepenatan tahap mendaki gunung kinabalu sambil mengangkat beg seberat 20 kg.
Diakhirnya..aku berjaya menjual 86 pasang kasut..dan berjaya berhadapan dengan pelanggan yg amat pelik2 dan memeranjatkan..

2 comments:

fikiranlicin said...

jual kasot ni jiwa kena ada tegar sikit...

DaGreat is here ? said...

hahaha .
ni bodoh je .
i like .
5 star .

Post a Comment

 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner