Sunday, February 28, 2010


Geng bikers?no..nie la budak2 scooter english.MOD.Aku ada seorang kawan..dia nie true mod..dia la yang memperkenalkan aku dengan subculture nie.Namun sekarang dia kurang aktif.
MOD nie berasal dari perkataan 'modernist'..berasal dari london,england.Aku tertarik dengan budaya ini..pada awalnya bukan kerana gaya peragaan mereka..tapi muzik mod.MODS REVIVAL-genre muzik budak2 mods.
Aku boleh bayangkan sekumpulan budak2 moods dengan vespa mereka yang sarat dengan lampu.Dengan berbekalkan baju ben sherman.suar sta-prest kasut clarks-atau kasut loafers-ditutupi dengan parka.Fuh.Kacak.
clean-cut,gelaran yang sesuai untuk budak2 mods.Baru la bergaya walaupun hanya ada scooter.Tak perlu ada BMW untuk kelihatan kacak.hehe.Malah awek2 mods..mempunyai gaya potongan rambut yang menarik.cun.Kawaii.
bagi sesiapa yang belum tau..rajin2 la wiki.Tak pun..tengok la Quadrophenia..movie yang menarik hati.Pasti akan tertambah ilmu di otak.

Saturday, February 27, 2010

sentimental value.

Hari ini aku masuk kerja kol 5 ptg..masa panjang lagi..bangun menghadap pc...aku membuka lagu the beatles.Mang layan.Alunan muzik dan lirik yang mantop.Aku mang meminati the beatles.Lagu2 mereka mang sure layan.
Semalam,aku ke speedy.Aku ingin melihat boxset the beatles.Orang kata..zaman sekarang semua boleh download..mang la boleh..tapi bagi yang betul2 minat..pembelian lebih bererti.Bak kata sorang member aku nie(dia nia true metal)..beli dvd jika betul2 minat..baru ada sentimental value.Betul juga katanya.Aku pon melangkah masuk speedy..mencari lah aku boxset itu.
Nah kau!rm799...agak mahal bagi pekerja yang mempunyai gaji rendah seperti aku.Namun aku masih ingin membelinya..13 album..all in 1.
Nampaknya aku harusla berjimat cermat dan mengumpul duit.Kena beli tabung bentuk ayam kaler merah dan kuning kat kedai runcit bangla bawah rumah.Baru true.hehe.
ok la..Aku ingin layan movie baru siap download..blade runner-haha..movie aku download-

Thursday, February 25, 2010

once yoda have say..

"fear is the path of the darkside...fear lead to anger..anger is to hate..hate lead to suffering"

Saturday, February 20, 2010

ninja..


Naruto.Pastinya anda pernah melihat anime ini.Kisah mengenai dunia ninja..penuh aksi dan cabaran.
Aku sering terbayang aku mempunyai ilmu ninja atau..ninjutsu..
pasti hebat.haha.Dapat mengunakan kunai..dan katana(pedang jepun),sungguh hebat.Aku juga dapat menjelma dan menghilangkan diri..teknik kagebunsin iaitu penjelmaan bayang pasti akan memudahkan kerja harian aku.Malah aku boleh ke tempat kerja hanya dengan berlari dan melompat dengan teknik2 ninja aku.
waa..hidupku pasti tidak akan seperti yang biasa..haha..

Wednesday, February 17, 2010

kesukaan ku dahulu..

aku ke kedai komik untuk membeli beberepa komik kesukaan ku.Sudah tentu sun comic tempat pilihan aku.Ketika aku berada di dalam,kedai itu tengah menayangkan cerita suria baja hitam.Ini watak kamen rider yg aku minat dahulu.Malah aku mempunyai koleksi dirumah.
ketika itu lah aku teringat akan cerita animasi yg pernah dan masih aku minat dari dulu hingga kini.Dahulu rumah aku hanya mempunyai saluran tv1 ndan tv2,jadi pilihan tak lah seperti hari ini.Sabtu dan ahad menjadi hari yg sentiasa ku nantikan.Antara anime yg aku ikuti,voltron..simba the white lion..dino rider..thunder cat..transfomer..speed racer..patlabor..scooby doo..dan banyak lagi animasi ketika itu.
Cerita animasi ini lah yg menemani zaman kanak-kanak aku.Malah ia telah aku jadikan hobi dan aku sentiasa berminat dengan anime.

Thursday, February 11, 2010

grouping..

Hari ini seperti biasa,seperti mana hari-hari aku masuk kerja pagi..aku terpaksa untuk menghadiri perhimpunan pagi.Aku sebenarnya tidak lah berminat sangat dengan ceramah pagi oleh para pihak atasan ku.
bla..bla..bla...
Namun dipenghujung bicara pagi ini,tiba-tiba pihak atasan ku membicarakn tentang 'grouping' oleh beberapa pekerja kasut.Sebagai 'budak kasut',aku terasa di perkatakan olehnya.Tetapi aku menerima kritikan tulus itu.Perhimpunan atau lebih kita kenali..lepak-lepak.Sudah menjadi kebiasaan bagi pekerja untuk mengisi masa lapang dengan berborak-borak di antara rakan sekerja,tak kira ketika di ruangan berkerja atau di tempat pemakanan.
Namun grouping bukanlah sesuatu yang sentiasa negatif.Jika kita imbau kembali buku-buku sejarah sekolah menengah kita dulu,grouping ini merupakan satu aktiviti pencetus minda.Pada zaman greek purba dahulu,tokoh-tokoh bijak pandai sering berkumpul untuk berbincang.Tokoh seperti socrates,plato,aristotle, dan ramai lagi sering berkumpul.
Jadinya,grouping ini bukan lah sentiasa negatif...tapi bergantung pada topik perbualannya.

mola..
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner