Hari ini seperti biasa,seperti mana hari-hari aku masuk kerja pagi..aku terpaksa untuk menghadiri perhimpunan pagi.Aku sebenarnya tidak lah berminat sangat dengan ceramah pagi oleh para pihak atasan ku.
bla..bla..bla...
Namun dipenghujung bicara pagi ini,tiba-tiba pihak atasan ku membicarakn tentang 'grouping' oleh beberapa pekerja kasut.Sebagai 'budak kasut',aku terasa di perkatakan olehnya.Tetapi aku menerima kritikan tulus itu.Perhimpunan atau lebih kita kenali..lepak-lepak.Sudah menjadi kebiasaan bagi pekerja untuk mengisi masa lapang dengan berborak-borak di antara rakan sekerja,tak kira ketika di ruangan berkerja atau di tempat pemakanan.
Namun grouping bukanlah sesuatu yang sentiasa negatif.Jika kita imbau kembali buku-buku sejarah sekolah menengah kita dulu,grouping ini merupakan satu aktiviti pencetus minda.Pada zaman greek purba dahulu,tokoh-tokoh bijak pandai sering berkumpul untuk berbincang.Tokoh seperti socrates,plato,aristotle, dan ramai lagi sering berkumpul.
Jadinya,grouping ini bukan lah sentiasa negatif...tapi bergantung pada topik perbualannya.
mola..
Thursday, February 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
betol3x.. kat padang mashar nanti kita pun akan berhimpun..
Post a Comment