Wednesday, September 7, 2011

Cuti-cuti 2

Hari nie...agak awal aku bangun.Pagi2 lg aku da banyak urusan.So...penat lg la aku nampaknya.Walhal aku da plan nak outing dgn adik aku.Malangnya urusan aku mengambil masa sehingga ke senja.Agak kecewa di sana.

Namun semua itu terubat bila malam menjelma.Petang itu..adik sepupuku balik awal dari pekerjaannya.So dengan semangat aku mengajak mereka keluar menonton wayang gambar.Dengan persiapan yg ringkas..maka keluar la kami berempat.

Walaupun movie yg kami lihat tu...bukannya jenis yg aku minat sgt...tp aku layan.Riuh pawagam disebabkn oleh suara2 gelakan para penonton.Pertama kali aku menonton dgn suasana cam nie.Da macam tgk bola la plak.

Da abis tgk movie...acara malam di sambung pula dgn minum2 di tepi pantai...malam...gelap.hehe.Dalam suasana tu...maka berborak la aku dgn sepupu adik sedara aku tu.Manis orgnya.Cantik pun cantik.hehe.

Borak punya borak..da hampir ke tgh malam.Walaupun agak singkat masa lepak2...tp seronok.hehe.Hopely..dpt lepak lg tepi pantai...makan satay.

Tuesday, September 6, 2011

Cuti-cuti 1

Keriuahan raya tahun ini..sedikit terasa.Tidak seperti tahun2 yg suda..tahun nie aku sempat balik kg..ya..balik kg.Seronok gak balik kg time2 raya nie.Perasaan bangun pagi diirngi oleh kicauan burung dan kokokan ayam jantan..udara lak..panas.haha.

Hari pertama..kedua dan ketiga cuti aku..aku habiskn di kunak..yg berada dlm kawasan Tawau.Dengan keadaan keluarga yg sangat riang..percutian terasa amat berbaloi.Di sana aku di bawa menziarahi beberapa rumah jiran dan juga keluarga lain...awek2 mang cun.

Hari ketiga aku di kunak...kami ke laut...wah...cantik dan segar...tp takut2 gak kalau ada ikan jerung.Tapi aku yakin abg sepupu aku hanya bergurau.Namun..selama 3 jam berada di sana..tiada apa yg berlaku.haha.Sekembalinya kami dari laut..kebetulan kakak sepupu aku membawa pulang ikan2 segar...apa lg...ikan bakar la juadah malam itu.yumm.

Hari keempat cuti aku..aku terpaksa meninggalkn kunak untuk ke kk(kota kinabalu).Namun aku akan kembali lg ke kunak..kerana di sana lah kg ku...di sanalah aku rasakan jalinan kekeluargaan yg jitu.Aku doakn agar mereka semua gembira(walaupun mereka mang sentiasa gembira).
Sekarang..aku dalam perjalanan ke kk......***

Monday, May 30, 2011

lepak

Mamak.Ya..mamak..da lama aku tak lepak mamak belakang F88.hehe.Roti tampal diiringi kuah kari kambing..perghh..terbakk..terbakk.Suasana di ceriakn lagi dgn member2 from F88..terkenang plak cerita2 lama.Lawak sungguh.Betul.

Teringat sewaktu baru2 join company aku sekarang nie.Punyalah senyap aku time tu..maklumlah..tak kenal sape2 lagi.Time tu aku agak bulat.Mana taknyer..keje aku..duk makan je.Tapi semenjak keje baru nie..bulat gak..keh keh keh.Ada sorang member aku nie..dia dulu..time2 baru kenal..punyer la lawak..nakal..kuat main2..mang funny guy la..malah..boleh ckp dia nie mesti tak lama keje..tengok2..sekarang nie da jadi team leader.

Cter punyer cter..mata masing2 da hampir terkeluar..bukan bab da ngantuk..tapi asyik gelak kaw2.Da lama tak rasa fun lepak macam nie.Sampai satu tahap aku tersembur kat muke member aku nie..hahaha..kesian dia..nasib bek dia tak marah aku.Sikit je.Bukan nyer macam dalam kartun tu..sampai basah..tu..mang da melampau la tu.Cter punyer cter..roti tampal aku tak abis2..padahal..1 je.Abis..nak makan camner..asyik gelak kencang je.

Lama lepak..diri pun da rasa sakit dan pening akibat gelak..maka dengan perut yg pedih..kami beransur pulang.Lusa ada event nak tgk wayang ramai2.Bole lah pecah perut lagi.Harap2 lour..hehe.

Sunday, May 22, 2011

makan-makan

Keadaan badan lemah akibat hampir2 mendapat demam.Namun itu tidak menghalang aku dari menjalankan pencarian rezeki di bumi ini.Minggu2 telah berlalu semenjak aku bekerja ditempat baru(company masih sama)..dan memang amat meletihkn.Faham2 je la..customer flow tak pena stop.Tapi rasanya aku da banyak bercerita tentang itu.Malam nie aku nak bercerita tentang party yg baru aku hadiri.Birthday akak aku.Dan biasa la..bila aku bercerita tentang party..pastinay aku akan bercerita tentang makanan yg di sediakn di sana.

Hari nie aku makan thai phat(da lupe ejaan sebenar).Mati2 aku ingat nasi goreng pataya..rupe2nya bukan.Inti disebalik telur goreng itu ialah kueh teow.Di sampaing thai phat..ada lg beberapa juadah yg lain seperti udang goreng..daging..dan ayam panggang.Semuanya sedap kecuali 1 benda..yg aku pun tak tau apa namanya.Kebetulan member yg duduk sebelah aku tak makan udang..so aku la yg kene abiskn.Tapi air dia sangat biasa..iaitu air oren..da mcm kenduri  la plak.Ow..tak lupa juga tom yam dia.Tapi kurang menyengat seket.

Di akhir acara..kek pulak dikeluarkn.Icecream cake.yumm.Patut la asyik mengidam nak makan cake..or maybe kerana aku asyik tgk rancangan cake boss kat channel TLC.HAHA.Kemudian malam diserikan lagi dengan kehadiran mini kek.Sedap juga.Tapi sedikit manis dari biasa.Dan sebelum balik..sesi bergambar dengan birthday girl.haha.

*tapi sebelum tu..petang tadi aku sempat makan wasabi...perghh..terbaik*

Monday, May 9, 2011

huuuuuuu...

Penat tak terkira.Kepala terasa melayang-layang.Badan berat umpama diletak batu-bata.sekian.

Wednesday, April 27, 2011

T____T

haha.satu perkataan utk diri sendiri.MALU.hahaha.STOP.heheh

Sunday, April 24, 2011

kecewa?

Pernah merasa kecewa dlam hidup?pernah merasa yg semua org di sekeling tidak boleh di percayai?aku..YA.Tapi adakah aku biarkn hidup aku down?TIDAK.Dunia ini luas.Sangat luas sehingga anda tidak mampu utk melihat hujungnya..tidak kira realiti ataupun fantasi.Yang tua mahupun muda..semuanya sama.Banyak benda berlaku..itu biasa.Kadang-kadang baik..atau kurang baik.Hirup lah udara sebanyak mungkin..shout out.No pain,no gain..pepatah org barat yg boleh kita amalkn.Ambil yg jernih,buang yg keruh..sesuatu yg kita biasa dengar dalam masyarakat kita.Kecewa ialah..suatu pekara yg pasti kita akan lalui.Apa yg penting ialah cara kita mendalami kekecewaan itu.Proses itu..dalam saat tu..menjadi titik tolak penting dlam masa depan hidup kita.Saat itu lah kita akan menentukan kita siapa.Jika negatif fikirannya..punah lah kehidupan..jika positif..well..anda semua pasti tahu jawapannya.Kekecewaan boleh disebabkn oleh pelbagai sebab..tapi yg paling sering dialami..ialah..penolakkan.Di tolak perempuan/lelaki yg kita sukai..tidak diterima berkerja..tapi rasanya kekecewaan yg paling besar ialah..tidak diterima oleh masyarakat.Namun semua ini bukan alasan utk menjadi insan yg tidak beguna.Kita..dlam banyak2 makhluk..adalah yg paling bijak..yg paling boleh berfikir dan berubh.So feel the pain..live with it..and u have a life.

Friday, April 22, 2011

.......

Penat.Ungkapan yg biasa aku luahkn dalam sedarku.Penat menjaga hati..ungkapan yg biasa aku pendamkn.Papun..itu bukan topiknya.Hari2 pun aku penat.Hari ini ada seorang insan bertanya kepadaku"kau rasa kau berpuashati ke dgn hidup kau sekarang".Puashati?tidak...aku tak pernah puas dgn hidup aku..tapi aku aku punya hati dlam hidup.Maknanya aku bersyukur dgn apa yg aku ada.Kenapa aku harus menjaga hati dan perasaan org lain sedangkan mereka itu tak pernah pun peduli dengan hati dan perasaan aku.tapi YA..aku harus menjaga hati mereka.Alasannya?senang..aku bukan seperti mereka.Aku tak perlu menjadi org lain hanya utk layak bercampur dgn mereka.Alasankah itu.Tak..itulah aku.So.dont wory..be happy.

Monday, April 11, 2011

dinner.

Semalam aku agak kekenyagan dengan makanan jepun.Dinner dgn boss dan rakan sekerja di jogoya.Pergh.Kenyang bangat.Ingatkn nak makan semua juadah yg ada..namun pe kan daya.Aku juga insan biasa.Tapi abis semua jenis sushi aku bedal.Salmon dia lak..pergh..sedap.

Tak di lupa tempura.Terbaik.Keadaan agak kecoh dan lawak melihat telatah boss2 jepun aku.Dorg maybe boss..tapi perangai macam budak2.Macam sial.Penat rahang aku gelak.Sampai menangis pon ada.Aku rasa kagum melihat mereka tahu banyak mengenai adat muslim.Tapi bila dorg da start mcm nak mabuk...peh..penat nak melayan telatah lawak mereka.

Malam di sambung pulak dengan usaha melalak menghilangkn suara kat greenbox.Boss aku..terbaring senyap.Aku dgn member2 lain..bole bantai lagu sampai kol 3 pagi..2 pun bab da tak larat da.

so..at the end..aku balik dgn perut yg da ketat sambil sangat mengantuk.

Monday, March 28, 2011

Penatnyer nak traning.

Penat terasa dalam beberapa minggu nie.Maklum la..kene traning new staff.Macam2 perangai mereka nie.Seramai 56 org.Tapi penat traning nie lain macam.Mana taknyer..asyik nak bercakap je.Otak plak nak pecah memikirkan bahan utk traning.Baler-baler.Apa2 pun...sekarang aku nak tido.Esok nak sambung lagi.hampeh.

Tuesday, March 8, 2011

Twitter

Sambil menghirup secawan nescafe panas yg ku beli di 7E..aku melihat-lihat twitterku.Klakar.Mereka sememangnya kreatif dalam hal-hal nak meluahkn perasaan masing2.Kata2 kreatif..agaknya la.hehe.Lamunanku bermula sambil di 'eskot' oleh lagu2 yg membuai perasaan.

Thursday, March 3, 2011

Cutie!!

Hebat.Hari yg hebat.Dia sememangnya indah.Comel sangat2.Tak jemu2 aku melihatnya.Suaranya indah..peramah dan..comel!!hahaha.Terima kasih cutie untuk hari yg indah.

Wednesday, February 23, 2011

Kawaaiii!

Dia comel!!hanya itu yg mampu aku katakn bila ku lihat wajahnya.Lebih2 sikap kami amat sama.Dia seorg yg sgt ceria.Kawai-kun!Rasa hati aku telah di usik dgn tawamu.Yg pasti aku rasakn sesuatu from inside me.Hope aku berani ajak dia kuar.hehe

Sunday, February 20, 2011

Hari cuti yang sibuk.

Hari sabtu yg amat sibuk.Hari nie member aku ajak aku keluar ke bukit bintang.Temankn dia beli hadiah hari jadi utk 'kwn' dia.hehe.Jadik PA dia la aku nie.Beli jam Guess plak.Terpaksa aku perah otak pilih jam yg sesuai utk female.hehe.Tapi bukan susah pown.Keadaan hari sabtu mgu nie amat panas..ditambah plak dgn kehadiran budak2 sekolah yg membanjiri bukit bintang.Kalau ikutkn hati...tak nak aku kuar.Tapi...apa salahnya.Dapat makan free.hehe.Semasa berjalan tu..aku melihat sebuah alatan teknologi yg menarik minat aku.Tapi aku tak cerita kat sini ar.Next story la.Kitorg makan kat pizza.Nasik goreng keju sedap.Aku ada nampak awek lawa dalam kedai tu..nama dia luna.Macam nama watak dalam game final fantasy.Lawa..tapi mesti budak sekolah lagi.ooo gosh.hehe. After that..kita bertiga ke UniQlo.Aku sempat beli blazer 1.Terasa Mod pakai.Sayang hanya ada 2 butang je.Pastu teman lak member aku pergi buat rambut..da mcm perempuan lak.isk3.Sebelum balik tadi,aku sempat menegur seorg awek nie,bukan nak bekenalan..tapi bab duit dia nak jatuh da.Tapi jatuh gak.ok.sampai uma..aku terus taip story nie.Penat.hik hik.

Friday, February 18, 2011

Sarapan

Takde yg lbh memberi impak dari menikmati nasi lemak telur mata dan secawan milo O ais di waktu pagi.Perut melonjak keriangan tapi mata pula sebaliknya.Otak menjadi agak blur ditambah rasa mengantuk like shit.Oppss.Pengunaan kata kasar..nampak..nampak..aku tak sengaja.Ini kesan nasi lemak. Patutnya tadi aku juz makan mee.Baru lah tak mengantuk.Whats done is done..bak kata opah aku.Nampaknya terpaksa lah aku mencuri ruang utk tido hari nie.Gampang..eh..nampak..nampak..aku mencarut lg..tak sengaja.Ini kesan nasi lemak.Baik aku berhenti sebelum aku lebih lanjut merepek.Alangkah indahnya lepas makan dpt tido.Fuh.Heaven in earth.Hik hik.

Sunday, February 13, 2011

Sejarah

Keadaan malam yg agak sepi.Hanya bunyi kipas dan suara anjing yg menyalak sekali-sekala.Aku mencapai remote tv lalu memasang history chanel.Asia's monarchies:Bhutan.Sebuah kerajaan yg kecil tapi unik.History merupakan chanel yg amat ku minati..kerana sejarah itu satu pengajaran.Ceh..da mcm cikgu lak.hehe.Tapi jgn pernah melupakn sejarah..kerana masa lampau lah yg membentuk kita.Dari sejarah kita tahu akan asal kita..tujuan kita.Pernah tak mengkaji asal keturunan anda?siapa moyang anda?siapa tahu..anda punya asal yg hebat dan membanggakn.Biasanya kita hanya tahu sehingga datuk kita sahaja.So..kaji lah.hehe

Friday, February 11, 2011

Hampir2

Perjalanan dalam train hari ini terasa lama.Sambil mendengar muzik kegemaran aku..fikiran aku melayang sejenak.Melayang jauh ke sudut fikiran.Hang tuah!..tetiba aku terpandang papan tanda itu.Eh?aku da sampai..nasib baik aku perasan.Tu lah..nak sgt melayan perasaan.Hampir2 terlepas.haha

Tuesday, February 8, 2011

Kalau jadik

Akhirnya aku terlepas dari perasaan yg amat menghantui aku selama sebulan.Perasaan kasih kepada sesorg.damn.Perasaan dtg dan pergi.Dan aku bersyukur aku mampu melepasinya..bla..bla..bla..wateva.haha.So sekarang aku lebih fokus atas plan aku...ya!korea.harap aku sempat.and harap2 member aku nak jual tiket dia.kalau jadik...maka bulan april nie aku sambut bday aku kat korea.yeaah!!hehe

Thursday, February 3, 2011

steamboat dinner

2 FEB-makan malam yg sangat hebat bersama rakan2 di johnny's steamboat.BIla makan ramai2 nie mang seronok.Suasana meriah je.Bersama-sama rakan sekerja makan da macam org jepun lak.hehehe.Sambil makan..sambil amik picture.Gelak sorang-sorang aku melihat telatah mereka.mang amat menghiburkan.Tak lupa adik aku-aira and tia.Dorg mang kuat gelak.haha.Tapi pe2 pon..mang dinner yg terbaik.Thanks uniclan.Ur guys terbaik.

Monday, January 24, 2011

me and me..

hmm..hmm..hehe..banyk pekara baru berlaku semenjak 2011.awal2 taun lg aku telah simpan niat nak ke aussie taun nie.keadaan di tempat kerja suda menjadi agak baik.dgn kwn2 yg hapening..haha.i love them all.n aku semakin pulih dari trauma..haha.so..one thing..i hope this year gonna be a great year.emm...hari tu makan makanan korea..agak sedap.but still tak bole nak lawan japanese food.kwn2 tmpt kje suke korean food..so..i give it a try..well..its nice.try la.tak rugi.

Sunday, January 16, 2011

Malam nie sejuk.

Monday, January 3, 2011

beberapa hari yg lepas aku dihubungi oleh insan yg pernah aku kenal dulu.kembali bertanya khabar berita.insan ini suatu ketika pernah menjadi insan yg penting.yg aku hargai.agak terkejut aku.tapi aku smbut dgn tenang.dia memberitahu bahawa ayahny telah pergi.Al-fatihah buat arwah.ini membuatkn aku terkenang akan kehdupn kita yg singkt.malah kepergian arwah ayah aku sendiri bgaikn bru smlm brlaku.hidup amat misteri.dan yg pasti penuh dgn ujian.kita harus bersyukur kita masih lg mampu utk bernafas.hari2 yg mendatang haruslah kita hadapi dgn jiwa yg tenang dan fikiran yg terbuka.
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner