Sunday, May 30, 2010

Pelancong



Seorang customer aku hari nie menarik minat aku.Dia nie handicap.And dia berasal dari Queenstown,New Zealand.Sambil dia memilih2 kasut..kami pun ada borak2 kecil.Dia kata dia jadi macam tu disebabkn kemalangan.Dia pada mulanya amatlah kecewa dgn keadaan diri dia.Namun lama2 dia rasa bangga dan hebat.haha.

Dia kata malaysia nie seronok.Namun dia kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita.Semalam dia naik monorail,agak sesak..kebetulan dia berada di bahagian tempat duduk oku dan org tua.Dia melihat..bukan org orang kurang upaya yg duduk di sana tapi sebaliknya budak2 remaja dan orang yg sihat fizikalnya,sedangkan org tua terpaksa berdiri.Dia kata,kejadian nie bukan hanya berlaku di malaysia tapi di seluruh dunia.

Sambil mencuba kasut(aku terpaksa menolong memakaikn kasut memandangkn kaki dia tidak boleh bergerak.)dia bercerita tentang kg halaman dia.Katanya..kg dia telah menjadi lokasi pengambaran utk filem2 bujet besar seperti LOTR,X-Man Origin:Wolverine dan beberapa filem lagi.

Sungguh seronok mendengar cerita.Mang setahu aku..New Zealand nie sememangnya sebuah negara yg cantik.Suatu hari nanti aku pasti akan ke sana.hehe

Setelah mencuba 3 pasang kasut,dia beredar tanpa membeli sepasang pun.Tapi tak mengapa,seronok dapat becerita dengan pelancong nie...hehehe

**************

Monday, May 24, 2010

Hari Dalam Kenangan

Keadaan malam yg panas membuatkan otak aku terasa cair dan melekit.Semenjak 2 hari nie aku asyik main social city.Permainan yg simple tapi tak tau kenapa aku asyik tergerak nak main..hahaha.Semalam member aku lepak rumah.Da agak lama aku tak lepak bersama mereka..yela..semuanya agak sibuk dengan hal sendiri.

Topik perbualan adalah show yg bakal dorg buat bulan depan.Member2 aku agak aktif berjamming.Agak lama juga kami berbual sebelum kami keluar ke pizza utk mkn malam.

Hari nie aku layan 1 movie-this is England-sebuah filem tentang skinhead.Agak menarik jika anda minat genre filem macam nie.Kemudian aku kembali bermain social city sambil mendengar lagu lone wolf by eels.Layan.

Kekosongan perut membuatkan aku sedar yg aku hanya insan biasa yg memerlukan makanan.AAAHH.Dengan tangkas aku mencapai sebungkus meggi..sebiji telur,sayur bayam dan sedikit daging.hmm..aku harus melakukan misi nie dengan tenang...***

Wednesday, May 19, 2010

bosan

keadaan selepas sale mang agak kelam dan kabur2 ayam.Aku memang terasa amat bosan bila terpaksa bekerja di dalam keadaan nie.Kelihatan dua org warga timur tengah masuk dan melihat2 kasut itali aku...hmmm..berlalu dengan cepat seolah2 sedang melihat pameran galeri seni.

Hari nie aku bertemu supervisor aku yg baru..agak poyo..tapi tak kenal maka tak endah.Tepat kol 12 member sekepala aku masuk.'Edipo' nie poyo dulu..aku da lama kenal dia..poyo sial.."jelas member aku.Hmm..betul la sangkaan buruk aku.Tapi seperti sikap biasa aku..tak kesah la...

rehat tu aku makan kfc(lagi).Biasanya aku akan makan dinner plate..tapi nta kenapa badan tak sedap jadi aku makan snack je.Ayam blackpaper mengantikan spicy.Boleh tahan..tapi spicy lg terbaik.

Petang hujan turun dengan riangnya.hmm..

Sunday, May 16, 2010

aaa...

erk!!..mata da berat...ingat nak sambung lagi main domo..aaa...tdo la..

damn!

Thursday, May 13, 2010

Hari

Hari cuti sememangnya agak membosankan..terutama bila ketiadaan wang.Seperti biasa..hari cuti juga simbol bangun lewat.haha.Syukurlah aku cuti 2 hari.Jadi boleh lah enjoy sikit 2 hari bangun lewat.

Dan seperti hari2 cuti aku yg sebelum nie..aku hanya duduk rumah layan komik..malas benar nak keluar di samping langit gelap menunjukkan hari nak hujan.Tepat jam 4..hujan pun turun dengan lebat.Fuh..seronok sungguh..yela..time hujan nie lah sedap nak tidur.So tanpa membuang masa..maka tidur lah aku.

Aku bangun dan aku lihat hari dah gelap.Perut terasa lapar yang amat dan badan terasa letih.Overdos tidur.Aku mandi dan selepas itu aku capai sebungkus meggi asam laksa.Fuh..nikmat walaupun hanya meggi.

Perut dah berisi dan minda pun da kembali normal.So its time to baca komik lagi.

Sunday, May 9, 2010

masa rehat



Aku duduk di sebuah kerusi panjang di sebelah kedai cupcake dengan member aku.Rehat nie aku juz beli starbucks green tea dan member aku beli mocha.Rehat kol 1 mng agak boring..ketika ini kedai makan mang penuh dengan pekerja2 pejabat.

Kami sempat singgah untuk membeli sebungkus keropok ROTA.Kami borak2 tentang satu page nie kat facebook..KAMI PELIK LELAKI TAK HENSEM DAPAT AWEK SUPERB.Kelakar page nie.So kami pun duduk kat kerusi panjang tu dan melihat2 persekitaran.Dan sememangnya betul.hahaha...

Sekumpulan gadis lalu di dpn kami.Agak boleh tahan dan menarik.Di depan kami pula dua orang awek tengah amik gambar dengan kamera nikon dorang.Hmmm..aku nak beli juga lah bila berduit..Nikon D300s.hehe..

Cepat sahaja masa sejam berlalu.Tengok2 da masa masuk keje..ala..

Friday, May 7, 2010

kasutku..


(yg tidak terdapat dalam gambar:reebok pump,Adidas Niza dan converse one star)

Antara pekara yg aku minat nak kumpul adalah kasut.Pelbagai jenis dan jenama.Aku pada mulanya amat meminati converse.Converse pertama aku,aku beli di bundle dgn harga RM10(ketika itu aku baru tingkatan 1)Sejak itu aku mula mengumpul kasut converse.

2007..Aku sampai ke Kuala Lumpur dgn berbekal kan duit rm200 dan sepasang converse kaler krim koyak2.Setelah bekerja selama 6 bulan..aku mula terdedah dgn pelbagai jenama kasut lain yg bagi aku..boleh la.Namun minat aku masih pada converse.Dalam tahun itu aku telah memiliki 2 converse all star(chuck taylor),1 hitam dan 1 highcut putih.

2008..Aku mula bekerja di sebuah shopping mall yg baru di buka sebagai promoter.Kebetulan aku dalam bahagian kasut.Dalam tahun nie..aku beli kasut nike,macbeth kaler hijau dan Adidas campus.Aku juga telah membeli kasut converse all star kaler krim lagi.

2009..aku beli pulak kasut yg di jual di kedai tempat aku bekerja..PRIEMATA..buatan itali.Di penghujung 2009 aku sempat membeli kasut converse one star dan vans ciplak(yg aku pakai untuk kerja) dan reebok ERS kaler merah(tak terdapat dlm gambar).

2010..aku mulakan dgn kasut Adidas Niza kaler hijau.Selang sebulan pula aku beli Reebok pump kaler purple.

**dalam tahun nie juga aku merancang utk membeli kasut Vans Half Cab dan Adidas star wars**

Thursday, May 6, 2010

buntu...

Dengan berbekalkan milo panas dan biskut tiger..minda aku liar memikirkan apa topik yg menarik nak tulis.Dengan iringan lagu girl and boys dari BLUR..sambil memerhatikan gelagat ikan member aku.

Masa berlalu tanpa curahan idea bernas.Hari sudah semakain terik di mana kipas aku telah mencecah had kelajuan maksimum.Lagu berganti lagu..namun masih juga aku dalam pencarian.Aku imbau kembali kejadian semalam di mana aku kuar dgn member aku-one-.Kami asyik borak mengenai DOMO.Asalnya nak lihat movie..namun yg berlaku sebaliknya..lepak di kedai makan sambil borak2.

Hari nie aku cuti lg dan tengah duduk di atas kerusi jerami aku sambil merenung pc aku mencari idea.FOKUS.kata hati aku separuh menjerit.Nak tulis apa nie.Jari jemari aku liigat bergerak2.

Tanpa aku sedar aku telah menaip semua nie.AAA.Boleh la..hehehe

Sunday, May 2, 2010

Pagi...



Panasnya mentari dikala pagi.Aku yg masih mengantuk terpaksa bangun pagi..keje noon.Aku bangun lalu duduk di atas kerusi kegemaran aku sambil buka pc.Kelihatan ikan member aku lapar,so aku bagi dia makan biskut tiger.Malasnya nak keje.

Menerusi tingkap bilik aku, aku boleh lihat 1 group burung gagak tengah borak2 pagi.Kereta pun takde yg mahal2..cuma teksi yg banyak.Aku buka lagu Billy Talent sambil termenung nak tulis pe dalam blog aku.

Semalam member aku ajak tgk iron man 2 tapi semua tmpt full.Cis..nie yg buat aku nak download je.Aku dah lah malas nak kuar rumah bila da penat.

Perut aku pla dah minta di isi nie.Aku bajet time kuar pergi keje nanti aku nak beli roti kat lavender.Beli secawan kopi kat coffee bean.Aku kene ready dari segi mental dan fizikal bab hari nie hari ahad.

Aku pun dah penat membebel pagi2 nie..baik aku p mandi and bersiap nak mencari rezeki.hehe....
 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner