Sunday, July 25, 2010

malamku

Aaaa...keadaan yg tenang sambil angin malam yg sepoi2 bahasa sememangnya amat menenangkan hati dan jiwa aku.Kedengaran jiran sebelah rumah bertengkar kuat..siap ada bunyi pecah2 lg..tp itu semua biasa saja.Walaupun bunyi motokar lalu-lalang dgn bunyi dgn raungan motor2 para mat rempit tidak menganggu malam ku yg tenang nie.Ku hirup secawan kopi ais dan melihat one manga.Emm..komik otaku no musume-san nie amat menarik ceritanya.

Kemudian ketenangan aku mula tergangu akibat perbuatan 1 makhluk yg amat membencikan.Sungguh menyakitkan hati betul la dia nie.Itu belum lagi dia bawa rakan2 dia tumpang sekaki.Tak guna betul.Lalu dgn pantas(namun tak sepantas flash)aku menyambar shieldtox dan ku sembur sekuat hati tanpa ragu2 dan curiga.Yaah!!jeritan dalam hatiku memecahkan kesunyian fikiranku.

Fuh..lega sangat aku.Baru la aku terasa aku hebat.Dan mungkin agak kacak tadi.Tapi saat itu hanya bertahan sebentar sahaja.Aku kembali normal.Dan aku yg normal nie mula hanyut dalam fikiran aku sendiri.................

0 comments:

Post a Comment

 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner