Tuesday, June 1, 2010

angin

Pernah mendengar tentang perubahan?well..aku banyak kali.Malah pemimpin negara kita seringkali menjanjikn perubahan di setiap kempen2 mereka.Perubahan keadaan,masa,ekonomi malah sikap.Ya...ya..perubahan boleh mengubah kita.

Angin perubahan..bukanlah angin sepoi2 bahasa yg kita nikmati di kala minum teh sambil makan karipap di waktu petang.Dan bukan juga angin busuk yg keluar dari tubuh kita.Beralih kepada sesuatu yg bukan lazimnya kita lakukan..ya..itu dia.Mungkin dahulu anda suka makan mangga..namun kini hnya jus mangga(hm..nampak mcm tak berubah sgt).

Tetiba konsep perubahan nie terlintas di hati dan otak aku.Mengingatkan aku pada semangat yg aku bawa dari kg halaman dahulu..semangat untuk berubah dan mengubah nasib aku.Namun aku di ubah oleh kota yg sibuk ini.Aku tau bukan mudah utk berubah..tapi senang di ubah.

Mungkin semangat aku menjadi nipis kerana kurangnya sokongan ataupun hati aku mang degil utk berubah.Orang kata masa mengubah seseorang..ya..tapi adakah kepada sikap yg lebih baik?masa depan bukan sesuatu yg kita tahu..tapi yg kita tahu..salah pilihan akan menjahanamkn kita sendiri.Namun kita hanya berfikir tapi..kita..sering memilih utk berubah mengikut jalan yg kita tahu sememangnya tidak sesuai.

Jadi..angin perubahan mana yg menjadi pilihan anda..adakah semangat,impian atau kehidupan?hmm...

*****

0 comments:

Post a Comment

 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner