Tuesday, April 20, 2010

malam nie..

Panas..aku melihat keluar tingkap bilik aku..jalan raya di bawah kosong.Terlihat dua kelibat manusia warga myammar sedang berjalan2.

Tak lama kemudian aku melihat sebuah kereta mewah-agak aku AUDI(TT)-masuk kesebuah lorong belakang rumah aku.Setahu aku..tempat tu menjadi sarang kegiatan yg kurang memberangsangkan.Hmm...orang kaya cari teman.

selang beberapa waktu..aku melihat kereta peronda pula muncul..menahan sebuah kenderaan mewah juga-subaru-.Tak tahu la apa kesalahan pemandu itu..

Masa berlalu..aku mencapai air teh yg aku bancuh lewat petang tadi.Hmm...masih elok..badan masih terasa penat akibat bekerja tadi.Dengan perangai pelanggan yg macam2.
Aku teruskan melihat ke arah jalan raya.Seolah-olah aku sedang melihat sebuah rancangan di tv.

Aku melihat aunty cina membawa anjingnya berjalan..owh..tanpa aku sedar da 11.30 malam.Memang setiap malam aunty itu akan membawa anjing2 nya berjalan.Agak berani juga aunty tu..yela..kawasan perumahan aku nie bukan lah 1 kawasan yg selamat.Aku agak aunty tu pandai kung fu atau judo..hehe

Member aku pla da resah kerana takut tertidur.Dia nak tengok bola.Inter milan lwn Barcelona.Aku tgk paper..pasukan barcelona terpaksa naik bas untuk ke milan.Fuh..jauh..

Hmm...suasana malam nie..agak sunyi.Namun aku berharap ada sesuatu yg menarik untuk aku lihat malam nie..aahh..malas la nak termenung lg..baik aku tido..nak tgk bola gak..nak suh member aku kejutkn aku..hehe

*semalam pun aku buat benda yg sama tp smlm tak tgk bola..terus tido je*

0 comments:

Post a Comment

 

tulisan tangan © 2008. Design By: SkinCorner